WELCOME TO RECIPES

Your comprehensive recipes resource.Our mission is to give you the fact you need about recipes— fast — so you can get on the road to taking action right away`. The Recipes site provides a ton of information about recipes In addition, you will find extensive information on leading recipes to help you on your way to success. Please have a look at our recipes articles, products, resources, and additional information located throughout recipes. We strive to provide only quality articles, so if there is aspecific topic related to Recipes that you would like us to cover, please contact us at any time.And again, thank you to those contributing daily to our Recipes Blogsite.
--

Friday, June 13, 2008

RECIPE:AYAM TIKKA


Bahan-bahan:
750 gm dada ayam dipotong dadu (dibuang tulang dan kulit)
155 ml dadih (tairu)
2.5 cm halia (diparut)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu kecil serbuk cili
3 sudu kecil serbuk ketumbar
6 sudu kecil jus limau
2 sudu besar minyak sayuran
garam secukup rasa
lidi sate @ besi pencucuk

Cara membuatnya:
1.Ayam dibasuh dan dikeringkan terlebih dulu.Ayam dipotong dadu (2cm) dan dicucuk
pada lidi sate/besi pencucuk.
2.Masukkan ayam ke dalam mangkuk bersama dadih,halia,serbuk cili,bawang putih,serbuk ketumbar,garam,jus limau dan sedikit minyak.Gaul hingga sebati.
3.Perap ayam selama lebih kurang 6 jam sehingga adunan rempah itu meresap sebati ke dalam ayam.
4.Panggang ayam selama lebih kurang 5 hingga 7 minit dan pusingkan ayam tersebut agar kedua-dua bahagian masak sempurna.
5.Hidangkannya bersama dengan hirisan limau.

RECIPE:AIS PALU BUTUNG


Bahan-bahan:
750 gm santan cair
1 helai daun pandan (dikoyak-koyakkan)
150 gm tepung beras
50 gm tepung hungkwe
250 ml santan pekat (diambil dari sebiji kelapa)
garam secukup rasa

Bahan untuk sirap:
250 gm gula pasir
500 ml air
2 helai daun pandan (dikoyak-koyak)
3 titis esen perasa pisang
pewarna merah secukupnya

Bahan pelengkap:
3 biji pisang tanduk (dikukus dan dihiris-hiris)
½ tin susu pekat manis
sedikit air batu

Cara membuatnya:
1.Didihkan santan cair dan masukkan garam serta daun pandan.Sementara itu bancuh tepung beras dan tepung hungkwe dengan santan pekat.
2.Tuangkan bancuhan ini kedalam santan cair yang sedang mendidih dan kacau di atas api yang kecil sehingga adunan menjadi kental dan masak.Angkat dan sejukkan.
3.SIRAP:gula pasir,air dan daun pandan dimasak atas api yang kecil.Setelah gula larut dan sirap menjadi agak pekat angkat dan tapiskan.Sejukkan.Tambahkan pewarna merah dan esen pisang.Kacau rata.
4.Masukkan adunan yang pertama kedalam gelas atau mangkuk.
5.Tambahkan hirisan pisang,sirap, susu pekat manis dan air batu.

Sunday, June 8, 2008

RECIPE:IKAN PATIN GOLEK


Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
5 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu tomato sup
1 sudu kerisik
100 gm asam jawa
50 gm belacan
garam
kunyit

Cara membuat:
1.Ikan patin dibersihkan dan gaul dengan kunyit dan garam.
2.Kemudian goreng ikan hingga garing.
3.Cili merah,tomato dan bawang merah dipotong nipis.
4.Tomato sos,cili sos dan tomato sup dimasak dicampur dengan air asam jawa dan belacan.Campurkan sedikit kerisik.
5.Masukkan bahan yang dipotong tadi dan gaulkan hingga sebati.
6.Akhir sekali tuangkan ke atas ikan patin yang sudah digoreng.Hiaskan.

RECIPE:BERGEDIL IKAN PATIN


Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (goreng dan tumbuk isinya)
½ kilo kentang (goreng dan tumbuk)
10 ulas bawang merah (buat bawang goreng)
1 pokok daun sup dan daun bawang ((hiris)
1 sudu makan lada hitam }
2 camca jintan manis } dikisar kering
3 camca ketumbar biju }
2 biji telur ayam (ambil putihnya)
2 cawan serbuk roti dan garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Msukkan semua bahan ke dalam bekas.Gaul jadikan satu doh kecuali telur dan serbuk roti.
2.Ambil secubit bahan tadi bulatkan dan celup dalam putih telur,golek pada serbuk roti dan goreng hingga masak.
3.Susun bahan tadi pada nanas yang ada ekor dan cucuk dengan lidi.

Bahan sos:
6 biji cili merah
4 ulas bawang putih
4 sudu gula pasir
2 sudu cuka
3 sudu sos tomato
garam secukup rasa

Cara membuat:

1.Masukkan gula,garam dan cuka.Tuangkan dalam bekas.
2.Masak biar sampai pekat kemudian rasa garamnya.

Friday, June 6, 2008

RECIPE:TEPUNG BUNGKUS

Bahan-bahan:
1 paket tepung pulut
2 mangkuk santan pekat
50 gm tepung ubi
10 helai daun pisang (dipotong 4 segi panjang)

Inti:
300 gm kacang merah (rebus hingga empuk)
100 gm gula pasir
1 helai daun pandan
½ biji kelapa yang telah diparut
2 ketul gula melaka (kecil)
½ cawan air

Cara membuat:
1.Masukkan air,gula melaka,gula pasir dan daun pandan.Kacau sehingga semua bahan tersebut sebati dan kemudian tapiskan.
2.Masukkan kacang merah dan kelapa ke dalam air gula.Kacau sehingga agak kering dan kemudian angkat.
3.Kacau santan pekat dengan tepung pulut dan tepung ubi dengan api sederhana besar.Apabila agak pekat letakkan adunan sedikit demi sedikit di atas daun pisang.
4.Kemudian letakkan inti di atasnya dan bungkus.Lakukan sehingga semua adunan habis.
5.Kemudian kukus di dalam periuk pengukus sehingga masak.Selepas itu bolehlah dihidangkan.

RECIPE:KUIH KERIA MADU

Bahan-bahan:
1 kg keledek (rebus dan lenyek-lenyekkan)
½ kg tepung gandum
1 cawan air
3 sudu madu
100 gm gula pasir
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Campurkan keledek,tepung gandum,air dan madu.Ulikan adunan tersebut.
2.Leperkan dan buat lubang ditengahnya.
3.Panaskan minyak dan gorengkan adunan tersebut.Angkat.
4.Di dalam kuali yang lain panaskan air dan masukkan gula pasir.Kacau sehingga gula hancur dan pekat.
5.Masukkan kuih yang telah digoreng tadi ke dalam air gula.Balik-balikkan.Angkat dan hidangkan.

RECIPE:PENGAT KELEDEK KUNING

Bahan-bahan:
5 biji keledek kuning
200 gm sagu biji
1 mangkuk santan pekat
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka

Cara membuat:
1.Keledek dibuang kulitnya dan dipotong berbentuk kiub.Rebuskan hingga empuk.
2.Masukkan santan ke dalam periuk bersama gula pasir,gula melaka dan sagu.Kacau hingga mendidih.
3.Masukkan keledek dan kacau lagi lebih kurang 5 minit.Selepas itu bolehlah dihidangkan.

RECIPE:BUBUR KACANG MERAH DURIAN

Bahan-bahan:
1 biji durian (sederhana besar)
½ kg kacang merah (direbus)
2 ketul gula melaka (kecil)
2 helai daun pandan
3 mangkuk santan pekat
½ cawan gula pasir

Cara membuat:
1.Masak gula merah,gula pasir,santan dan daun pandan.
2.Selepas itu masukkan durian yang telah dibuang bijinya dan kacang merah.
3.Masak selama lebih kurang 15 minit dan kemudian hidangkan.Enak dimakan ketika masih panas.

RECIPE:BUBUR UBI KAYU DENGAN CENDOL MERAH

Bahan-bahan:
2 batang ubi kayu
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka
500 gm sagu biji (direndam)
100 gm gula pasir
1 mangkuk santan pekat
sedikit cendol merah

Cara membuat:
1.Rebus ubi kayu dengan daun pandan hingga empuk.Masukkan santan,gula pasir,gula melaka dan sagu.Biarkan hingga mendidih.
2.Selepas itu bolehlah diangkat dan hidangkan bersama dengan roti mengikut kegemaran.
3.Untuk hiasan pula,taburkan dengan cendol merah di atasnya.

RECIPE:BUBUR UBI KAYU MINANG

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu
5 ketul gula melaka (kecil)
2 helai daun pandan
200 gm gula pasir
½ cawan air

Cara membuat:
1.Rebus ubi kayu hingga empuk.
2.Di dalam periuk lain masukkan gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan.Masak sehingga gula tersebut hancur dan kemudian tapiskan.
3.Masukkan air gula ke dalam ubi kayu yang telah direbus tadi.Hidangkan ketika masih panas.

RECIPE:KUIH KERTAS SIRA

Bahan –bahan:
½ kg tepung pulut
½ biji kelapa ( ambil bahagian putihnya sahaja)
sedikit garam
sedikit air
100 gm gula pasir
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Campurkan tepung pulut,kelapa putih,garam dan air.Kemudian uli adunan tersebut.
2.Bentukkan menjadi leper.
3.Panaskan minyak dan goreng hingga masak.Kemudian angkat dan toskan.
4.Panaskan air di dalam kuali yang lain.Masukkan gula dan kacau hingga pekat.Setelah itu masukkan kuih yang telah digoreng tadi dan balik-balikkan sehingga gula melekat dan keras pada kuih.

RECIPE:CUCUR UDANG

Bahan-bahan:
½ kg tepung gandum
200 gm tauge
½ cwan air
sedikit garam
1 biji telur
200 gm udang sederhana besar
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Masukkan air,tepung gandum,tauge,garam dan telur.Kacau hingga sebati.
2.Masukkan udang yang sederhana besar sama ada yang telah dibuang kulitnya atau tidak.(mengikut cita rasa).
3.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur udang dengan api yang sederhana.

RECIPE:ANTIPANTO

Bahan-bahan:
1 bungkus roti panjang
5 biji telur
2 ulas bawang merah (dihiris)
300 gm sayur campur
5 keping keju
200 gm susu segar

Cara membuat:
1.Pecahkan telur dan kacau bersama dengan susu segar di atas api yang sederhana besar sehingga agak kering.
2.Potong roti kepada empat bahagian.Campurkan adunan telur yang telah dimasak dengan susu tadi dengan bawang yang dihiris dan sayur campur (inti roti).
3.Letakkan keju di atas roti bersama inti roti.
4.Bakar menggunakan salamander.
*salamander (api dia atas)

RECIPE:BUBUR NANGKA

Bahan-bahan:
10 ulas isi nangka (dihiris)
50 gm sagu yang telah direndam
2 mangkuk santan pekat
400 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Cara membuat:
1.Masak santan bersama dengan isi nangka,sagu,gula pasir dan daun pandan.
2.Biarkan memdidih dan bolehlah dihidangkan.

RECIPE:PULUT KUNING BERSALUT KELAPA

Bahan utama:
½ kg beras pulut
1 mangkuk santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit garam

Bahan untuk inti:
½ biji kelapa
2 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
sedikit serbuk kunyit
2 camca cili boh
200 gm udang kering
1 sudu minyak

Cara membuat:
1.Campurkan kesemua bahan yang telah dikisar dan goreng tetapi jangan terlalu garing.
2.Rendam beras pulut.Toskan.Kemudian masukkan santan pekat,2 helai daun pandan dan sedikit garamMasukkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak.Angkat dan toskan.
3.Apabila telah sejuk bulat-bulatkan seperti bebola.Salutkan dengan inti kelapa.Hidangkan.

RECIPE:BUBUR BIJI NANGKA

Bahan-bahan:
3 biji keledek
2 helai daun pandan
1 mangkuk santan pekat
150 gm gula pasir
50 gm tepung ubi

Cara membuat:
1.Rebus keledek hingga empuk.Apabila sudah empuk tumbuk hingga lumat.
2.Gaulkan dengan tepung ubi dan bentukkan bujur seperti biji nangka.Rebus hingga masak adunan tadi.
3.Masukkan santan ke dalam periuk bersama daun pandan.
4.Masukkan gula pasir.Biarkan sehingga mendidih.Masukkan keledek yang telah disiapkan tadi.Hidangkan.

RECIPE:MAKARONI DAGING

Bahan-bahan:
1 paket makaroni
300 gm daging cincang
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 sudu cili sos
2 sudu sos tomato
2 sudu lada hitam
2 sudu cili kering kisar
1 tin kecil kacang pis hijau
1 mangkuk kecil kobis (dihiris)
1 mangkuk kecil lobak merah (dihiris)

Cara membuat:
1.Rebus makaroni bersama dengan air dan sedikit minyak Rebus sehingga lembut dan toskan.
2.Tumis bawang putih,bawang merah dan cili kering sehingga naik bau dan garing.Kemudian masukkan daging cincang dan tunggu hingga masak.
3.Setelah itu masukkan sos cili,sos tomato,lada hitam,sayur kobis dan lobak merah.Akhir sekali masukkan kacang pis dan makaroni.Gaul hingga sebati sebelum diangkat.

RECIPE:PULUT MANGGA DURIAN

Bahan-bahan:
1 kg pulut
1 biji mangga
1 biji durian
½ kg santan
2 biji kelapa (ambil santan)
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Kukus pulut bersama dengan santan dan ketepikan.
2.Untuk membuat kuah,masak lebihan santan tadi dan dicampurkan dengan sedikit garam.
3Setelah masak hidangkan bersama dengan pulut,mangga dan beberapa ulas durian.

RECIPE:KUIH SERI MUKA

Bahan A:
6 biji telur
2 gelas gula
2 gelas santan pekat
2 sudu tepung gandum
sedikit pewarna hijau

Bahan B:
600 gm pulut (dikukus)
2 gelas santan pekat
sedikit garam

Cara membuat:
1.Kukus pulut (bahan B) sehingga masak dan tekan pulut di dalam loyang sehingga padat dan ketepikan.
2.Campurkan bahan A dan gaul sebati.Tapis di atas pulut yang telah ditekan di dalam loyang.Kukus selama ½ jam dan sejukkan.

RECIPE:KUIH LOPES

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
4 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
½ biji kelapa parut
daun pisang

Cara membuat:
1.Rendam beras pulut bersama dengan sedikit kapur selama 2 jam.Kemudian bersihkan beras tersebut dan tos.
2.Lipat daun pisang berbentuk segitiga(seperti kuih koci).Masukkan beras pulut ke dalam daun dan diikat sebelum direbus selama 4 jam.Setelah masak angkat dan sejukkan.
3.Potong kecil-kecil dan salut dengan kelapa parut dan bolehlah dihidangkan bersama dengan air gula merah yang telah dimasak dan ditapis.

RECIPE:MI REBUS JOHOR

Bahan-bahan:
1 peket mi kuning
500 gm udang geragau (dikisar)
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang besar
2 batang serai (dititik)
1 cawan rempah kari daging
1 cawan gula
2 biji keledek (direbus dan ditumbuk halus)
1000 ml air

Cara membuat:
1.Tumis bawang putih,bawang merah,rempah kari dan serai hingga naik bau.Masukkan udang geragau yang dikisar dan biarkan sampai mendidih dan keluar minyak.
2.Kemudian masukkan air dan keledek dan masak hingga mendidih.Hidangkan bersama tauge,tauhu,limau nipis dan telur rebus.Boleh juga ditaburkan kerepek jika suka.

RECIPE:BUBUR AYAM

Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2-3 ketul ayam
1 sudu kecil pati ayam
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Beras dimasak dengan air yang banyak.Kemudian campurkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
2.Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.Campurkan bahan tumisan ke dalam beras yang telah mendidih bersama dengan pati ayam dan garam.Sedia dihidangkan.

RECIPE:KOLE KACANG

Bahan A:
500 gm gula merah
200 gm gula putih
300 ml air
400 gm tepung kacang hijau
secubit garam

Bahan B:
500 ml santan pekat
140 ml air

Cara membuat:
1.Campurkan kesemua bahan A dan kacau sebati.Panaskan di atas api yang sederhana sehingga naik wap dan angkat.
2.Kemudian campurkan bahan B.Masak semula di atas api dan kacau sehingga tidak melekat dan keluar sedikit minyak.Tuang di dalam loyang dan biarkan sejuk.Bolehlah dipotong mengikut bentuk yang disukai.

RECIPE:ROJAK PETIS

Bahan A:
Campuran buah-buahan dan sayur-sayuran

Bahan B:
1 sudu cili kering
1 sudu besar petis udang
1 sudu gula merah
1 sudu kacang tanah yang dikisar
2 sudu besar air asam jawa
sedikit bijan
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Masuk kesemua bahan B dan gaul sebati.Kemudian masukkan campuran buah-buahan dan sayuran seperti timun,nanas,tempe,sengkuang,belimbing,tauge dan kangkung.
2.Gaul kesemua bahan-bahan tadi hingga sebati dan taburkan bijan di atasnya.Sedia dihidangkan.

RECIPE:AYAM GORENG BIJAN

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 gelas yogurt
3 sudu cili kering (dikisar)
2 biji limau kasturi
sedikit bijan

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan kisar.Kemudian masukkan yogurt dan perah limau nipis.
2.Masukkan juga bijan dan perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam.
3.Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api yang sederhana sehingga ayam kelihatan kekuning-kuningan.Sedia dihidangkan.

RECIPE:MI BANDUNG MUAR

Bahan-bahan:
1 peket mi kuning (dicelur)
½ kg udang kering
500 gm bawang besar
200 gm bawang putih
500 gm cili kering kisar
½ cawan kacang tanah
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara membuat pes:
1.Tumis bawang putih,bawang merah dan cili kering hingga naik bau.
2.Masukkan udang kering dan selepas itu masukkan gula,garam dan kacang tanah dan masak hingga kering.

Cara membuat kuah:
1.Campurkan pes dengan air tulang dan biarkan sehingga mendidh.
2.Tuangkan kuah di atas mi yang sudah dicelur.Boleh juga dicampurkan dengan udang,sotong,telur rebus dan sayur sawi.

RECIPE:TAUHU BAKAR

Bahan-bahan:
2 keping tauhu kering
1 biji timun (hiris nipis)
½ biji sengkuang (hiris nipis)
1 sudu cili kering kisar
1 sudu petis udang
1 cawan kacang tanah kisar
1 sudu gula merah
½ sudu gula putih
air

Cara membuat:
1.Tauhu dibakar sehingga garing dan potong empat (tetapi jangan potong hingga putus).Ketepikan sebentar.
2.Masukkan bahan kisar iaitu cili kering dan kacang tanah.
3.Kemudian masukkan petis udang,gula merah,gula putih dan air.Kacau hingga sebati.
4.Selepas itu masukkan timun dan sengkuang.Setelah siap masukkan bahan-bahan tadi ke dalam tauhu yang telah dibakar tadi.

RECIPE:KUIH GULUNG (KETAYAP)

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
2 biji telur
1700 ml air
pewarna hijau

Cara membuat:
1.Masukkan tepung gandum,telur dan air ke dalam satu bekas dan kacau.Setelah campuran tersebut sebati, titikkan sedikit pewarna hijau dan tapis.Dadar di atas kuali.Buat hingga adunan habis.Ketepikan.

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Cara membuat:
1.Cairkan gula merah dan gula pasir di dalam periuk hingga larut.
2.Kemudian campurkan kelapa parut dan masak hingga inti menjadi agak kering.
3.Biarkan sejuk seketika kemudian barulah dimasukkan inti pada kulit kuih dan gulung.Sedia dihidangkan.

RECIPE:ROTI JALA DAN KARI DAGING

Bahan roti jala:
1 kg tepung gandum
3 biji telur
1500 ml air
sedikit kunyit

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul sebati.Kemudian,tapis campuran tersebut.Panaskan kuali leper yang diletak sedikit minyak dan jalakan roti tersebut.

Bahan kari daging:
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
600 gm daging
5 helai daun kari
1 cawan rempah kari daging
1 biji kentang (dipotong enam)
½ cawan susu cair
sedikit air
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kuning.Kemudian masukkan rempah kari daging yang sudah dicampurkan dengan sedikit air.Masukkan daging dan masak sehingga empuk.
2.Kemudian masukkan susu cair,kentang dan garam secukup rasa.Tunggu hingga masak.
3.Hidangkan dengan roti jala.

RECIPE:BANJO TELUR

Bahan-bahan:
Sekeping roti
Sebiji telur
2 sudu besar marjerin
secubit lada hitam
secubit garam

Cara membuat:
1.Panaskan kuali leper.Sapu roti dengan marjerin.
2.Buat lubang di tengah-tengah roti dan letakkan di atas kuali leper tadi.
3.Pecahkan telur di tengah-tengah roti dan tabur garam dan lada hitam.Goreng hingga masak.

RECIPE:BUBUR CHA-CHA

Bahan-bahan:
350 gm keledek (dipotong kiub)
350 gm keladi (dipotong kiub)
½ tin jagung manis
2 sudu besar sagu
1 biji kelapa parut
8 cawan air
6 helai daun pandan

Cara membuat:
1.Kukus keledek dan keladi dengan daun pandan selama 15 minit.
2.Perah santan dengan 8 cawan air dan ketepikan.Perah baki santan untuk dijadikan santan pekat.
3.Basuh sagu dan tambahkan keledek,keladi,daun pandan dan jagung manis ke dalam santan cair dan masak hingga mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan gula dan masak lagi lebih kurang 5 minit.Hidangkan.

RECIPE:SAGU GULA MELAKA

Bahan-bahan;
300 gm sagu
1 mangkuk air
1 mangkuk santan kelapa yang telah dididihkan
1 mangkuk gula melaka (dicairkan)
secubit garam

Cara membuat:
1.Bersihkan sagu dan toskan airnya supaya benar-benar kering.
2.Rebus air dan tambah sagu.Masak hingga sagu menjadi cerah seperti kristal.
3.Tuangkan sagu yang telah masak ke dalam mangkuk-mangkuk kecil dan biarkan sejuk.
4.Rebus santan kelapa dengan secubit garam dan biarkan sejuk.
5.Sebelum dihidangkan, tuang santan kelapa dengan gula melaka yang telah dicairkan ke atas sagu.

RECIPE:PUDING LABU

Bahan-bahan:
7 biji telur
2 keping gula melaka (dihiris-hiris)
½ cawan gula castor
2 cawan santan
4 helai daun pandan
4 biji labu bersaiz kecil

Cara membuat:
1.Potong ¼ daripada bahagian atas buah labu dan keluarkan biji-bijinya serta bersihkan bahagian dalamnya.
2.Kukus labu sehingga buah itu menjadi lembut sedikit.
3.Sementara itu pukul telur,gula melaka,gula castor dan daun pandan sehingga semua gula larut.
4.Tuangkan santan ke dalam adunan dan kacau rata-rata.
5.Selepas itu tuangkan adunan tersebut ke dalam labu yang telah dikukus dan kukus sekali lagi sehingga adunan betul-betul masak.
6.Hidangkan labu dengan bahagian atasnya sebagai penutup.

RECIPE:ONDE-ONDE

Bahan-bahan:
600 gm tepung pulut
450 ml air
12 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya)
300 gm gula melaka (dihiris halus)
1 biji kelapa parut
secubit garam
sedikit pewarna hijau

Cara membuat:
1.Campurkan tepung,air dan air pandan.Kacau sehingga adunan menjadi doh lembut.
2.Kukus kelapa parut dengan secubit garam selama 5 minit dan ketepikan.
3.Di dalam periuk masak sedikit air.Cedok satu sudu besar doh isikan dengan gula melaka dan bulat-bulatkan seperti guli.Ulangi langkah ini sehingga doh habis.
4.Masukkan doh ke dalam air yang mendidih dan keluarkan apabila ia timbul.
5.Golekkan ke atas kelapa parut sebelum dihidangkan.

RECIPE:POPIA INTI KETAM

Bahan-bahan:
4 sudu besar pasta kacang soya
2 biji bawang putih
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar air
300 gm udang kecil (dipotong-potong)
230 gm daging ketam
150 gm lobak (dipotong-potong)
300 gm tauge
4 keping beancurd (dipotong dadu dan digoreng)
600 gm kulit popia
beberapa helai daun ketumbar (dihiris halus)
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak.Goreng bawang putih dan pasta kacang soya hingga naik bau.Masukkan udang dan daging ketam dan didihkan perlahan-lahan.
2.Masukkan lobak,garam dan biarkan masak hingga kering.Alihkan dan toskan bahan-bahan kering.
3.Bentangkan kulit popia dan bubuh 2-3 sudu besar inti serta taburkan daun ketumbar dan selepas itu gulung.Goreng sehingga warnanya bertukar coklat dan hidangkan bersama sos cili atau sos tomato.

RECIPE:KUIH CENDAWAN:

Bahan-bahan:
24 keping roti
2 sudu besar mentega (dilembutkan)

Inti:
3 cawan besar bawang merah kecil (dicincang halus)
½ cawan mentega
225 gm cendawan segar (dipotong halus-halus)
2 sudu besar tepung
1 tin krim
1 ½ sudu besar daun kucai (hiris halus)
1 sudu besar daun pasli (hiris halus)
1 sudu kecil jus limau
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil lada hitam

Cara membuat:
1.Potong bulatan daripada setiap keping roti.Letakkan setiap keping roti yang telah dipotong ke dalam bekas mangkuk muffin yang telah disapu minyak.Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius sehingga warnanya bertukar kecoklatan.Biarkan ia sejuk.
2.Di dalam kuali,cairkan mentega dan goreng bawang kecil selama 1 minit.Masukkan cendawan dan masak sehingga 10 minit.Alihkan dari api dan masukkan krim dan tepung.
3.Letakkan di atas api semula dan kacau berterusan sehingga mendidih.Alihkan dari api dan masukkan baki bahan-bahan.Kacau sebelum diketepikan dan biarkan sejuk.
4.Isikan setiap mangkuk muffin yang yang berisi roti dengan adunan yang dimasak tadi.Tutup dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.Keluarkan dari peti sejuk dan hiaskan dengan keju,daun pasli dan mentega.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selam 10 minit sebelum dihidangkan.

RECIPE:APAM TEPUNG BERAS

Bahan-bahan:
325 gm tepung beras
180 gm gula
350 ml air
4 biji telur
1 sudu tepung naik sendiri
1 sudu besar yis (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan kelapa parut dicampur sedikit garam
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning
cawan cawan porselin kecil

Cara membuat:
1.Campurkan tepung dengan yis yang dicairkan.Ketepikan dan biarkan selama 20 minit.
2.Pukul telur dan gula hingga gebu.Tambahkan tepung naik sendiri dan esen vanilla.Tambahkan adunan tepung.Kacau sehingga adunan membentuk doh yang lembut.
3.Asingkan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang berbeza.
4.Tuang satu sudu besar daripada satu bahagian adunan ke dalam sebuah cawan.Ulangi dengan adunan yang berlainan warna pula.Ulangi langkah ini sehingga habis semua doh.Kukus selama 15 minit.Keluarkan dari cawan sebelum dihidangkan.Boleh dimakan dengan kelapa parut.

RECIPE:KUIH TEPUNG KUKUS

Bahan-bahan:
350 gm tepung beras
750 ml air
160 gm tepung ubi kayu

Untuk intinya:
600 gm pucuk rebung (dihiris)
600 gm lobak (dihiris)
1 biji bawang (dihiris)
100 gm udang kering
120 gm daging lembu atau ayam
3 keping bunga cengkih

Cara membuat:
1.Untuk membuat doh campurkan 2 sudu besar tepung ubi kayu dengan 150 ml air.Masak baki air dan tambahkan ke dalam campuran ubi kayu.Biarkan sehingga mendidih.Alihkan dan kemudian tambahkan tepung beras sehingga adunan menjadi doh.
2.Uli doh dengan baki ubi kayu hingga lembut dan mudah dibentuk.Tutup doh dan biarkan selama 5 minit.Uli lagi dengan sedikit air selama 3 minit.Tutup dan biarkan 3 minit lagi.Ulang langkah ini.
3.Bagi intinya masukkan satu sudu besar minyak ke dalam kuali.Goreng bahan-bahan lain yang tinggal sehingga masak.Alihkan dan kemudian sejukkan.
4.Ambil sedikit daripada doh,ratakan dengan tangan dan isikan inti sebelum dibentukkan seperti karipap.Ulangi sehingga habis doh dan inti.Kukus selama 20 minit.

RECIPE:SAGU ABUK- ABUK

Bahan-bahan:
300 gm biji sagu
1 biji kelapa parut
200gm gula melaka (dihiris)
garam secukup rasa
80 ml air
daun pisang (untuk membuat kon)
pencungkil gigi

Cara membuat:
1.Campurkan kelapa parut dengan garam.
2.Bersihkan sagu,keringkan dan campurkan dengan kelapa parut.
3.Cuci daun pisang dengan air mendidih dan lap sampai kering.Buat bentuk kon.
4.Isi separuh kon dengan campuran sagu.Bubuh di atasnya gula melaka dan bubuh campuran sagu lagi.
5.Tutup kon dengan pencungkil gigi.

Thursday, June 5, 2008

RECIPE:KUIH UBI PELANGI

Bahan-bahan:
½ biji kelapa parut
600 gm ubi kayu parut
200 ml santan
230 gm gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning

Cara membuat:
1.Kukus kelapa parut dengan secubit garam selama 5 minit.Ketepikan.
2.Didalam mangkuk campurkan ubi kayu parut,gula dan santan.
3.Asingkan adunan ke dalam 3 mangkuk dan tambahkan pewarna yang berbeza ke dalam setiap mangkuk.
4.Tuang setiap adunan ke dalam 3 loyang yang berasingan dan kukus di atas air yang mendidih selama 30 minit.
5.Biarkan sejuk sebelum dipotong ikut bentuk yang disukai.Salut dengan kelapa parut sebelum dihidangkan.

RECIPE:AYAM MASAK CENDAWAN HITAM


Bahan-bahan:
1 ekor ayam di potong sepuluh bahagian
100 gm halia (dikisar)
50 gm bawang putih (dikisar)
50 gm bawang merah (dikisar)
1 cawan sos tiram
150 gm cendawan hitam kering
50 ml air
10 ml minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Basuh ayam dan tos hingga kering
2.Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
3.Masukkan cendawan yang telah dipotong dua,ayam dan sos tiram
4.Kacau rata dan masukkan air,gaul hingga masak.Angkat dan sedia untuk dihidangkan

RECIPE:CHICKEN CORDEN BLUE


Bahan-bahan:
250 gm dada ayam
1 keping keju
1 keping daging ayam salai (turkey ham)
150 gm serbuk roti
100 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Dada ayam dibelah dua (jangan sampai putus) kemudian masukkan sekeping keju dan daging ayam salai.Lumur garam ke atas ayam.
2.Pecahkan telur dan pukul perlahan.
3.Celupkan ayam pada tepung gandum terlebih dahulu sebelum dicelup ke dalam telur dan gaul ke dalam serbuk roti.
4.Goreng ayam dalam minyak yang sederhana panas.Biarkan sehingga kekuning-kuningan.Angkat ayam dan potong serong untuk tiga atau empat bahagian.
5.Letakkan ayam ke atas sos dan sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan untuk membuat sos:
250 gm mentega
2 sudu besar herba
1 sudu besar jus limau

Cara membuatnya:
Ambil mentega dan cairkan.Masukkan herba dan jus limau,gaul hingga rata.

RECIPE:GULAI PERANCIH


Bahan-bahan:
750 ml santan cair
250 ml santan pekat
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (disimpul)
2 helai daun limau purut
2 ikat pucuk ubi (direbus)
1 keping asam keping
10 gm ikan bilis (digoreng jangan terlalu garing)

Bahan-bahan untuk dikisar:
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 cm kunyit
½ cm lengkuas
½ cm halia
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Didihkan santan cair.Masukkan rempah yang telah dihaluskan,serai,daun kunyit dan daun limau purut.Kacau sehingga masak dan berbau harum.
2.Masukkan pucuk ubi rebus,asam keping,ikan bilis dan santan pekat.Kacau agar santan tidak pecah minyak.Bila sudah masak matikan api dan sajikan.

NOTA:
*Selain ikan bilis boleh juga digunakan ikan kurau masin.Bakar dulu ikan kurau masin sebelum dimasukkan ke dalam santan.
*Pucuk ubi boleh juga digantikan dengan pucuk paku atau nangka muda.

RECIPE:NASI AYAM PANGGANG


Bahan utama:
1 ekor ayam

Bahan A
10 gm perasa lima rempah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
½ cawan minyak

Cara membuatnya:
1.Ayam dibersihkan dan dibuang lemak.
2.Rendam ayam di dalam air panas selama lebih kurang 10 minit.Angkat dan rendam ke dalam air sejuk.Gantung ayam sehingga kering.
3.Lumur bahan-bahan A pada ayam selama ½ jam.Selapas itu masukkan ayam ke dalam .ketuhar
4.Keluarkan ayam dan hiaskan dengan daun salad,timun, tomato dan hidangkan.

Bahan B (SOS CILI)
150 gm cili merah
50 gm halia
100 gm bawang putih
50 ml perahan air limau
garam dan gula secukup rasa
25 ml stok ayam

Cara membuatnya:
1.kisar cili merah,halia dan bawang putih.Masukkan stok ayam.
2.Gaul bersama garam dan gula serta perahan air limau.

Bahan C (NASI AYAM)
½ kg beras
50 gm halia
100 gm lemak ayam
25 gm mentega
stok ayam
air untuk memasak

Cara membuatnya:
1.Basuh beras dan tos hingga kering.Tumis lemak ayam bersama mentega dan halia.
2.Campurkan beras dan masukkan stok ayam.Tuang air secukupnya dan masak hingga kering.

RECIPE:AYAM PANGGANG BERSAMA WALNUT


Bahan-bahan:
200 gm dada ayam (dibuang kulitnya dan dibelah dua tapi jangan sampai putus)
50 gm daging ayam cincang
20 gm bawang merah (dikisar)
20 gm bawang putih (dikisar)
½ sudu kecil thyme (herba wangi)

Cara membuatnya:
1.Campur daging ayam cincang bersama bahan yang dikisar.Lumurkan ke atas dada ayam dan gulungkannya.
2.Panggang ayam hingga masak.Angkat dan potong kepada tiga bahagian.
3.Tuang kuah ke atas ayam dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk kuah:
7 keping daging salai (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
4 keping cendawan butang @ cendawan hitam kering (dihiris)
50 ml stok ayam @ daging
20 gm kacang walnut
100 gm mentega

Cara membuatnya:
1.Cairkan mentega,tumis bawang merah kecil bersama daging salai,cendawan dan kacang walnut.
2.Masukkan stok ayam @ daging,masak hingga mendidih.

RECIPE:AYAM GOLEK


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 sudu besar rempah kurma
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
150 gm halia
250 gm santan pekat
150 gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
100 gm minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat kuah:
1.Kisar bawang merah,bawang putih,halia dan kacang tanah.
2.Panaskan periuk dan masukkan minyak.Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga
terbit aroma dan kemudian masukkan rempah kurma, kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan 1 cawan air kacau hingga mendidih seterusnya masukkan santan.Kacau lagi
hingga mendidih.

Cara membuatnya:
1.Kisar bawang merah,bawang putih dan halia.
2.Perap ayam bersama bahan-bahan yang telah dikisar selama lebih kurang 1 jam.
3.Masukkan ayam ke dalam ketuhar selama ½ jam dengan suhu 190 darjah celcius.
4.Keluarkan ayam dari ketuhar dan potong pada 10 bahagian.
5.Tuangkan kuah ke atas ayam.Sedia untuk dihidang

RECIPE:AYAM VINDALOO


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
50 gm cili boh
25 gm sos cili
25 gm sos tomato
50 gm bawang putih (dikisar)
50 gm halia (dikisar)
50 gm bawang merah (dikisar)
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Ayam dibersihkan dan diperap dengan bahan-bahan yang dikisar bersama sos cili,cili boh dan sos tomato selama satu jam.
2.Masukkan ayam ke dalam ketuhar selama ½ jam.(sehingga masak).
3.Ayam dipotong kepada 8 bahagian dan dihias dengan cili kering yang telah digoreng.Sedia untuk dihidang.

RECIPE:SALALAWAK


Bahan-bahan:
100 gm tepung beras (sisihkan 20 gm)
500 ml air masak
150 gm isi ikan tenggiri (dipotong dadu)
2 helai daun kunyit muda (hiris halus)
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk dikisar:
7 biji cili merah
5 ulas bawang merah
½ cm halia
½ cm kunyit
½ lengkuas
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Bancuh tepung beras dengan air.Masak di atas api yang kecil sambil dikacau sehingga masak.Angkat dan sejukkan.
2.Campurkan tepung tadi dengan bahan yang sudah dikisar.Masukkan ikan tenggiri dengan hirisan daun kunyit.Masukkan juga tepung beras yang diasingkan tadi.Kacau hingga rata.
3.Bentuk adunan menjadi seperti bola.Goreng didalam minyak yang panas sehingga agak garing .Angkat dan toskan.

NOTA:
Ikan tenggiri boleh juga digantikan dengan ikan bilis atau ikan kembong

RECIPE:SOTO MAKASAR


Bahan-bahan:
250 gm paru lembu
250 gm hati lembu
250 gm usus lembu
250 gm babat lembu
250 gm daging tetel lembu
2 helai daun salam
2 batang serai
2 liter air untuk merebus
3 sudu makan minyak untuk menumis
250 ml air cucian beras

Bahan untuk dikisar:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 gm ketumbar (disangrai)
10 gm lada hitam
5 gm jintan (disangrai)
garam secukup rasa
2 cm lengkuas
50 gm kacang tanah (digoreng)
10 gm kelapa parut (disangrai)

Sambal:
2 biji cili merah( ditumbuk kasar)
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
110 gm taucu
minyak untuk menumis
50 ml air
gula secukup rasa

Bahan pelengkap:
Nasi impit
Daun bawang
bawang goreng
limau nipis

Cara membuatnya:
1.Bersihkan paru,hati,usus babatdan daging tetel.Kemudian rebus.Setelah agak lembut masukkan daun salam dan serai.Rebus lagi sehingga lembut.Angkat dan potong semua bahan.Masukkan semula kedalam air rebusan tadi.
2.Tumis semua bahan yang dikisar. Setelah garing dan harum masukkan kedalam periuk yang berisi air rebusan.Masak sehingga berminyak.Tambahkan air cucian beras tadi.Didihkan.
3.SAMBAL:Panaskan kuali dan masukkan minyak.Bila minyak panas tumis cili sehingga harum.Masukkan taucu dan kacau rata.Tambahkan sedikit air dan gula pasir.Masak hingga mendidih.
4.Masukkan soto kedalam mangkuk.Tabur dengan daun bawang,bawang goreng dan potongan tomato jika suka.Sajikan juga dengan perahan air limau nipis jika suka,sambal taucu dan nasi impit.

RECIPE:AYAM KUKUS HERBA


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (saiz sederhana)
100 gm halia (dikisar)
50 gm bawang putih (dikisar)
50 gm bawang merah (dikisar)
150 gm cendawan hitam kering (direndam terlebih dahulu)
10 gm kee chee (boleh didapati di pasaraya)
10 gm kurma merah cina
15 gm yok chok (boleh didapati di pasaraya)
10 ml minyak bijan
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
1.Balut ayam dengan kertas aluminium dan kukus bersama bahan A sehingga masak.
2.Keluarkan ayam daripada kertas aluminium.Hias dengan daun ketumbar diatasnya.

Sunday, June 1, 2008

RECIPE:AYAM SERAI


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12 bahagian)
10 gm cili padi
15 gm cili merah
6 batang serai
150 gm bawang putih
100 gm bawang merah
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Kisar bawang merah,bawang putih,cili padi,cili merah dan serai.
2.Perap ayam bersama bahan-bahan yang telah dikisar selama 1 jam.
3.Masukkan ayam ke dalam ketuhar dan bakar selama ½ jam.
4.Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.Hidangkan.

Saturday, May 31, 2008

RECIPE:BANJO TELUR

Bahan-bahan:
Sekeping roti
Sebiji telur
2 sudu besar marjerin
secubit lada hitam
secubit garam

Cara membuat:
1.Panaskan kuali leper.Sapu roti dengan marjerin.
2.Buat lubang di tengah-tengah roti dan letakkan di atas kuali leper tadi.
3.Pecahkan telur di tengah-tengah roti dan tabur garam dan lada hitam.Goreng hingga masak.

RECIPE:BUBUR CHA-CHA

Bahan-bahan:
350 gm keledek (dipotong kiub)
350 gm keladi (dipotong kiub)
½ tin jagung manis
2 sudu besar sagu
1 biji kelapa parut
8 cawan air
6 helai daun pandan

Cara membuat:
1.Kukus keledek dan keladi dengan daun pandan selama 15 minit.
2.Perah santan dengan 8 cawan air dan ketepikan.Perah baki santan untuk dijadikan santan pekat.
3.Basuh sagu dan tambahkan keledek,keladi,daun pandan dan jagung manis ke dalam santan cair dan masak hingga mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan gula dan masak lagi lebih kurang 5 minit.Hidangkan.

RECIPE:SAGU GULA MELAKA

Bahan-bahan;
300 gm sagu
1 mangkuk air
1 mangkuk santan kelapa yang telah dididihkan
1 mangkuk gula melaka (dicairkan)
secubir garam

Cara membuat:
1.Bersihkan sagu dan toskan airnya supaya benar-benar kering.
2.Rebus air dan tambah sagu.Masak hingga sagu menjadi cerah seperti kristal.
3.Tuangkan sagu yang telah masak ke dalam mangkuk-mangkuk kecil dan biarkan sejuk.
4.Rebus santan kelapa dengan secubit garam dan biarkan sejuk.
5.Sebelum dihidangkan, tuang santan kelapa dengan gula melaka yang telah dicairkan ke atas sagu.

RECIPE:PUDING LABU

Bahan-bahan:
7 biji telur
2 keping gula melaka (dihiris-hiris)
½ cawan gula castor
2 cawan santan
4 helai daun pandan
4 biji labu bersaiz kecil

Cara membuat:
1.Potong ¼ daripada bahagian atas buah labu dan keluarkan biji-bijinya serta bersihkan bahagian dalamnya.
2.Kukus labu sehingga buah itu menjadi lembut sedikit.
3.Sementara itu pukul telur,gula melaka,gula castor dan daun pandan sehingga semua gula larut.
4.Tuangkan santan ke dalam adunan dan kacau rata-rata.
5.Selepas itu tuangkan adunan tersebut ke dalam labu yang telah dikukus dan kukus sekali lagi sehingga adunan betul-betul masak.
6.Hidangkan labu dengan bahagian atasnya sebagai penutup.

RECIPE:ONDE-ONDE

Bahan-bahan:
600 gm tepung pulut
450 ml air
12 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya)
300 gm gula melaka (dihiris halus)
1 biji kelapa parut
secubit garam
sedikit pewarna hijau

Cara membuat:
1.Campurkan tepung,air dan air pandan.Kacau sehingga adunan menjadi doh lembut.
2.Kukus kelapa parut dengan secubit garam selama 5 minit dan ketepikan.
3.Di dalam periuk masak sedikit air.Cedok satu sudu besar doh isikan dengan gula melaka dan bulat-bulatkan seperti guli.Ulangi langkah ini sehingga doh habis.
4.Masukkan doh ke dalam air yang mendidih dan keluarkan apabila ia timbul.
5.Golekkan ke atas kelapa parut sebelum dihidangkan.

RECIPE:POPIA INTI KETAM

Bahan-bahan:
4 sudu besar pasta kacang soya
2 biji bawang putih
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar air
300 gm udang kecil (dipotong-potong)
230 gm daging ketam
150 gm lobak (dipotong-potong)
300 gm tauge
4 keping beancurd (dipotong dadu dan digoreng)
600 gm kulit popia
beberapa helai daun ketumbar (dihiris halus)
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak.Goreng bawang putih dan pasta kacang soya hingga naik bau.Masukkan udang dan daging ketam dan didihkan perlahan-lahan.
2.Masukkan lobak,garam dan biarkan masak hingga kering.Alihkan dan toskan bahan-bahan kering.
3.Bentangkan kulit popia dan bubuh 2-3 sudu besar inti serta taburkan daun ketumbar dan selepas itu gulung.Goreng sehingga warnanya bertukar coklat dan hidangkan bersama sos cili atau sos tomato.

RECIPE:KUIH CENDAWAN:

Bahan-bahan:
24 keping roti
2 sudu besar mentega (dilembutkan)

Inti:
3 cawan besar bawang merah kecil (dicincang halus)
½ cawan mentega
225 gm cendawan segar (dipotong halus-halus)
2 sudu besar tepung
1 tin krim
1 ½ sudu besar daun kucai (hiris halus)
1 sudu besar daun pasli (hiris halus)
1 sudu kecil jus limau
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil lada hitam

Cara membuat:
1.Potong bulatan daripada setiap keping roti.Letakkan setiap keping roti yang telah dipotong ke dalam bekas mangkuk muffin yang telah disapu minyak.Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius sehingga warnanya bertukar kecoklatan.Biarkan ia sejuk.
2.Di dalam kuali,cairkan mentega dan goreng bawang kecil selama 1 minit.Masukkan cendawan dan masak sehingga 10 minit.Alihkan dari api dan masukkan krim dan tepung.
3.Letakkan di atas api semula dan kacau berterusan sehingga mendidih.Alihkan dari api dan masukkan baki bahan-bahan.Kacau sebelum diketepikan dan biarkan sejuk.
4.Isikan setiap mangkuk muffin yang yang berisi roti dengan adunan yang dimasak tadi.Tutup dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.Keluarkan dari peti sejuk dan hiaskan dengan keju,daun pasli dan mentega.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selam 10 minit sebelum dihidangkan.

RECIPE:APAM TEPUNG BERAS

Bahan-bahan:
325 gm tepung beras
180 gm gula
350 ml air
4 biji telur
1 sudu tepung naik sendiri
1 sudu besar yis (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan kelapa parut dicampur sedikit garam
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning
cawan cawan porselin kecil

Cara membuat:
1.Campurkan tepung dengan yis yang dicairkan.Ketepikan dan biarkan selama 20 minit.
2.Pukul telur dan gula hingga gebu.Tambahkan tepung naik sendiri dan esen vanilla.Tambahkan adunan tepung.Kacau sehingga adunan membentuk doh yang lembut.
3.Asingkan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang berbeza.
4.Tuang satu sudu besar daripada satu bahagian adunan ke dalam sebuah cawan.Ulangi dengan adunan yang berlainan warna pula.Ulangi langkah ini sehingga habis semua doh.Kukus selama 15 minit.Keluarkan dari cawan sebelum dihidangkan.Boleh dimakan dengan kelapa parut.

RECIPE:KUIH TEPUNG KUKUS

Bahan-bahan:
350 gm tepung beras
750 ml air
160 gm tepung ubi kayu

Untuk intinya:
600 gm pucuk rebung (dihiris)
600 gm lobak (dihiris)
1 biji bawang (dihiris)
100 gm udang kering
120 gm daging lembu atau ayam
3 keping bunga cengkih

Cara membuat:
1.Untuk membuat doh campurkan 2 sudu besar tepung ubi kayu dengan 150 ml air.Masak baki air dan tambahkan ke dalam campuran ubi kayu.Biarkan sehingga mendidih.Alihkan dan kemudian tambahkan tepung beras sehingga adunan menjadi doh.
2.Uli doh dengan baki ubi kayu hingga lembut dan mudah dibentuk.Tutup doh dan biarkan selama 5 minit.Uli lagi dengan sedikit air selama 3 minit.Tutup dan biarkan 3 minit lagi.Ulang langkah ini.
3.Bagi intinya masukkan satu sudu besar minyak ke dalam kuali.Goreng bahan-bahan lain yang tinggal sehingga masak.Alihkan dan kemudian sejukkan.
4.Ambil sedikit daripada doh,ratakan dengan tangan dan isikan inti sebelum dibentukkan seperti karipap.Ulangi sehingga habis doh dan inti.Kukus selama 20 minit.

RECIPE:SAGU ABUK- ABUK

Bahan-bahan:
300 gm biji sagu
1 biji kelapa parut
200gm gula melaka (dihiris)
garam secukup rasa
80 ml air
daun pisang (untuk membuat kon)
pencungkil gigi

Cara membuat:
1.Campurkan kelapa parut dengan garam.
2.Bersihkan sagu,keringkan dan campurkan dengan kelapa parut.
3.Cuci daun pisang dengan air mendidih dan lap sampai kering.Buat bentuk kon.
4.Isi separuh kon dengan campuran sagu.Bubuh di atasnya gula melaka dan bubuh campuran sagu lagi.
5.Tutup kon dengan pencungkil gigi.

RECIPE:KUIH UBI PELANGI

Bahan-bahan:
½ biji kelapa parut
600 gm ubi kayu parut
200 ml santan
230 gm gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning

Cara membuat:
1.Kukus kelapa parut dengan secubit garam selama 5 minit.Ketepikan.
2.Di dalam mangkuk campurkan ubi kayu parut,gula dan santan.
3.Asingkan adunan ke dalam 3 mangkuk dan tambahkan pewarna yang berbeza ke dalam setiap mangkuk.
4.Tuang setiap adunan ke dalam 3 loyang yang berasingan dan kukus di atas air yang mendidih selama 30 minit.
5.Biarkan sejuk sebelum dipotong ikut bentuk yang disukai.Salut dengan kelapa parut sebelum dihidangkan.

Friday, May 30, 2008

RECIPE:LAMB GRADEX

Bahan-bahan:
3 keping daging kambing
30 gm bawang putih
50 gm bawang besar
50 gm halia
10 gm bunga lawang
sos tiram
sedikit garam
sedikit gula

Cara membuat:
1.Semua bahan-bahan tadi dikisar.Campurkan dengan daging kambing tadi dan diperap selama 5 minit.
2.Setelah sebati balutkan dengan serbuk roti dan goreng hingga masak.Sedia dihidangkan dengan kentang goreng atau jagung bakar.

RECIPE:CHICKEN BOXING

Bahan-bahan:
6 ketul paha ayam (diperap bersama dengan 2 gm garam)
1 sudu sos tiram
sedikit bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:
1.Semua bahan-bahan di atas dikisar dan sapu pada ayam.Kemudian panaskan minyak.
2.Setelah itu masukkan paha ayam tadi dan goreng hingga masak.
3.Apabila siap bolehlah dihidangkan bersama dengan kentang goreng.

RECIPE:CHICKEN CHOP

Bahan-bahan:
2 ketul paha ayam yang telah dibuang tulangnya
10 gm lada hitam (ditumbuk)
serbuk brown sos
2 sudu besar serbuk paprika
½ cawan air

Cara membuat:
1.Paha ayam diperap bersama dengan serbuk paprika dan garam kemudian panggang.Untuk sos, masukkan serbuk sos brown yang telah dicampurkan dengan ½ cawan air dan serbuk lada hitam.Masak hingga mendidih.
2.Sedia dihidangkan dengan kentang goreng,kobis bunga dan lobak merah.

RECIPE:TRIALL FISH FILLED

Bahan untuk ikan:
1 ½ sudu paprika
½ sudu garam
1 keping isi ikan merah
sedikit tepung gandum

Cara membuat:
1.Bahan-bahan tadi dicampur hingga sebati.
2.Sapu pada ikan dan celup sedikit pada tepung gandum dan panggang hingga masak.

Bahan untuk sos:
20 gm marjerin
1 biji lemon diambil airnya

Cara membuat:
1.Panaskan marjerin dan lemon hingga mendidih.
2.Hiaskan di atas isi ikan yang telah siap di panggang.Sedia untuk dihidangkan.

RECIPE:FISH AND CHIP

Bahan-bahan:
200 gm isi ikan merah
½ sudu garam }
½ sudu paprika }
½ sudu lea & peris } semua bahan ini gaul pada ikan
½ sudu lemon }
tatar sos
50 gm daun sekin
50 gm cempas
daun alief
200 gm mayonis
lemon

Cara membuat:
1.Goreng isi ikan merah dan ketepikan.
2.Bahan-bahan di atas dicampurkan kemudian gaulkan dengan sebati.
3.Sedia dihidangkan dengan kentang goreng dan sos cili atau sos tomato.

RECIPE:KANTONIA ALA THAI

Bahan-bahan:
1 ekor sotong (dihiris)
15 gm mi siam
5 gm bunga kobis (dihiris)
5 gm kobis (dihiris)
2 cm lobak panjang (hiris panjang)
½ biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 helai sayur kalian (dihiris)
sedikit tepung jagung
1 biji telur
1 sudu sos tiram
sedikit air
garam
serbuk perasa

Cara membuat:
1.Goreng mi siam terlebih dahulu bersama sedikit minyak dan campurkan sedikit air ke atas mi tadi sehingga ia kembang.
2.Tumiskan bawang putih kemudian masukkan air,sotong,bunga kobis,kobis dan lobak merah.
3.Celur kalian kemudian gaul hingga separuh masak.
4.Masukkan sos tiram,telur,gula,garam,serbuk perasa,air serta tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.Gaulkan hingga masak.
5.Letakkan mi siam ke dalam pinggan dan kuah tadi bolehlah disiram ke atas mi tersebut.

RECIPE:KERABU SOTONG

Bahan-bahan:
10 ekor sotong (saiz sederhana)
2 batang serai }
½ bawang besar }
2 ulas bawang putih }
1 batang bunga kantan } dihiris
10 biji cili padi }
1 biji tomato }
2 biji limau nipis (ambil airnya sahaja)
2 sudu air garam
sedikit gula
sedikit serbuk perasa

Cara membuat:
1.Sotong dihiris halus-halus kemudian rebuskan sotong hingga separuh masak.
2.Gaulkan sotong tadi bersama dengan serai,bawang besar,bawang putih,bunga kantan,cili padi dan tomato.
3.Selepas itu masukkan sos tiram,gula,air garam dan sedikit serbuk perasa.Gaul hingga sebati dan sedia dihidangkan.

RECIPE:RENDANG SIAM

Bahan-bahan:
½ ekor ayam
1 ½ biji bawang besar }

4 biji bawang putih }
2 batang serai }
1 cm lengkuas
} dikisar
10 biji cili padi }

sedikit belacan }
5 tangkai cili kering }
3 helai daun limau purut
½ gelas air asam jawa
garam }
gula } secukup rasa
serbuk perasa }

Cara membuat:
1.Ayam digoreng separuh masak.Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar.Gaul hingga sebati.Seterusnya masukkan daun limau purut,air asam jawa,sos tiram,gula,garam dan serbuk perasa.Biarkan lebih kurang 5 minit barulah dihidangkan.

RECIPE:DAGING MASAM MANIS

Bahan-bahan:
½ kilo daging (dihiris)
2 cm nanas
1 ulas bawang besar
½ biji timun
5 ulas bawang putih
50 gm sayur campur
5 sudu besar sos cili
2 sudu sos tiram
2 biji tomato
1 gelas air
garam }
serbuk perasa } secukup rasa
gula }

Cara membuat:
1.Goreng daging hingga separuh masak kemudian masukkan bawang putih,bawang besar dan sayur campur.
2.Seterusnya masukkan air,nanas,timun,sos cili,sos tiram dan tomato.
3.Akhir sekali masukkan garam,gula dan serbuk perasa.
4.Tunggu hingga masak dan bolehlah dihidangkan.

Thursday, May 29, 2008

RECIPE:MASAK LEMAK CILI API (IKAN)

Bahan-bahan:
3 ketul ikan
10 biji cili api
2 batang serai
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 biji kelapa (ambil santan yang pekat)
1 sudu garam
sedikit serbuk perasa
tomato untuk hiasan

Cara membuat:
1.Bawang besar,bawang putih dan cili api dikisar dengan belacan.
2.Tumis bahan yang dikisar hingga berbau harum dan selepas itu masukkan serai dan santan.Biarkan sebentar baru masukkan ikan.
3.Biarkan hingga mendidih dan masukkan lebihan santan dan tomato yang telah dipotong juga garam dan serbuk perasa..Hidangkan.

RECIPE:SAAM ROOD (MASAK MASAM MANIS)

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
2 cm nanas (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cili merah
1 biji tomato
4 ulas bawang putih
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
1 ml air
1 sudu garam
½ sudu serbuk perasa
1 sudu gula
sedikit minyak masak

Cara membuat:
1.Ikan siakap digoreng terlebih dahulu.Kemudian panaskan kuali yang lain dan goreng bawang putih. Masukkan pula nanas,bawang besar,tomato dan cili merah.
2.Selepas itu masukkan sos cili,sos tiram,garam,gula dan serbuk perasa serta air yang telah disediakan tadi dan biarkan mendidih.
3.Apabila telah masak tuangkan bahan tadi ke atas ikan siakap yang telah digoreng terlebih dahulu.Sedia untuk dihidangkan.

RECIPE:AYAM MASAK CILI PADI

Bahan-bahan:
5 ketul ayam
20 tangkai cili api
2 batang serai
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 inci kunyit basah
1 sudu garam
½ sudu serbuk perasa
sedikit gula

Cara membuat:
1.Ayam digaul dengan kunyit kemudian digoreng dan diasingkan.
2.Kisar bahan-bahan seperti bawang besar,serai,bawang putih,belacan,kunyit dan cili api.Tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau.Seterusnya masukkan sedikit gula.
3.Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.

RECIPE:DAGING HALIA

Bahan-bahan:
400 gm daging (dihiris nipis)
1 sudu tepung jagung
1 biji telur ayam
1 sudu sos tiram
1 inci halia (ditumbuk)
1 sudu kicap pekat
1 biji bawang besar
20 tangkai cili kering (ditumbuk)
sedikit daun bawang
garam secukup rasa
sedikit serbuk perasa
sedikit minyak

Cara membuat:
1.Daging digaul bersama dengan tepung,telur,garam dan sedikit halia.Goreng kesemuanya hingga masak.Angkat.
2.Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Selepas itu masukkan sos tiram dengan satu senduk air.Masukkan juga kicap pekat,bawang dan cili kering.
3.Kemudian dipekatkan dengan tepung jagung dan masukkan putih telur.Kacau dan sedia untuk dihidangkan.

RECIPE:CHICKEN KAMPO

Bahan-bahan:
500 gm daging ayam (dipotong dadu)
sedikit tepung jagung
2 biji telur
sedikit lada sulah
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
sedikit sos cili
1 biji nanas (dipotong dadu)
1 biji timun
1 sudu garam
1 sudu gula
sedikit serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Ayam digaul dengan tepung jagung dan telur.Goreng hingga kuning dan masukkan sos cili,gula dan garam.
2.Masukkan bahan yang telah dipotong tadi dan biarkan selama 5 minit.Bila sudah siap hiaskan dengan daun bawang.

RECIPE:JUS POLIGAMI

Bahan-bahan:
25 gm betik
50 gm nanas
50 gm mangga
50 gm avocado
1 senduk air gula
1 gelas air
ais

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas ke dalam mesin pengisar dan kisar.Sesuaikan rasanya mengikut kemanisan yang digemari.Campurkan dengan ais dan sedia dihidangkan

RECIPE:JUS TERUNG BELANDA

Bahan-bahan:
4 biji terung belanda
1 biji markisa
1 ½ sudu air gula
1 senduk air
ais

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga menjadi jus.Sesuaikan rasanya mengikut kemanisan yang digemari.Campurkan dengan ais dan sedia dihidangkan

RECIPE:JUS TERUNG BELANDA

Bahan-bahan:
4 biji terung belanda
1 biji markisa
1 ½ sudu air gula
1 senduk air
ais

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga menjadi jus.Sesuaikan rasanya mengikut kemanisan yang digemari.Campurkan dengan ais dan sedia dihidangkan

RECIPE:SAYUR ASEM

Bahan-bahan:
20 gm daun melinjo
350 gm jagung
70 gm putik jagung
53 gm kacang panjang
35 gm kacang tanah
600 gm labu
10 gm asam jawa
35 gm bawang merah
35 gm bawang putih
100 gm belimbing buluh
25 gm cili merah
25 gm cili padi
75 gm gula putih
100 gm tomato
20 gm belacan

Cara membuat:
Panaskan air sehingga mendidih di atas api yang sederhana.Kemudian masukkan kesemua bahan lain ke dalam periuk dan tutup.Biarkan direbus sehingga bahan empuk dan sehingga air rebusan menjadi 7 gelas.(Kalau kurang dari 7 gelas tambahkan air panas).

RECIPE:SOTO BANYUMAS

Bahan-bahan untuk sup:
400 gm daging lembu yang telah dibersihkan
2 liter air
2 helai daun salam
1 batang serai diketuk
3 cm lengkuas diketuk
2 helai daun limau purut
1 sudu kecil kicap cair
2 sudu kecil garam
minyak untuk menggoreng
50 gm tauge
50 gm suun yang telah dicelur dengan air panas

Bahan dikisar:
4 biji bawang putih
6 biji bawang merah
1 sudu ketumbar
2 cm kunyit yang telah dibakar

Bahan untuk sambal kacang:

100 gm kacang tanah yang digoreng
2 biji cili merah yang digoreng
5 biji cili padi
2 biji bawang putih
2 sudu gula merah
1 sudu garam
100 ml air

Bahan untuk hiasan:
50 gm kacang tanah }
2 biji bawang merah } digoreng
2 batang daun bawang dihiris halus

Cara membuat:
1.Untuk membuat supnya rebuskan daging bersama dengan air.Campurkan dengan bahan-bahan yang dikisar,daun salam,lengkuas,kicap manis dan garam sehingga daging empuk.Kemudian toskan daging tersebut.
2.Panaskan minyak dan goreng daging sehingga matang dan kering.Angkat dan tiriskan.Kemudian hiriskan nipis-nipis.
3.Untuk membuat sambal kacang,tumbuk kacang sehingga lumat bersama dengan cili padi,cili kering dan kesemua bahan untuk membuat sambal.Kacau sehingga rata dan sisihkan.
4.Susun suun dan tauge yang telah dicelur ke dalam mangkuk.Susun daging yang telah dipotong nipis.Tuangkan sup yang masih panas ke dalam mangkuk tersebut.
5.Taburkan bahan untuk hiasan dan sambal kacang mengikut selera anda.

RECIPE:SUP CENDAWAN

Bahan-bahan:
2 peket cendawan
3 tangkai cili merah
1 batang lobak
1 biji bawang besar
2 biji tomato
1 helai daun kunyit (dihiris)
1 sudu lada serbuk
3 ulas bawang putih
garam
minyak
serbuk perasa

Cara membuat:
1.Cendawan disiat kecil-kecil.
2.Buah tomato,bawang besar,bawang putih dan lobak dipotong.
3.Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dipotong bersama dengan air.
4.Masukkan daun kunyit yang dihiris.
5.Masukkan garam dan serbuk perasa dan masak hingga mendidih.

RECIPE:SUP TULANG

Bahan-bahan:
2 kg ekor lembu
100 gm bawang putih
50 gm bawang merah
50 gm buah keras
3 hiris lengkuas
3 hiris halia
3 hiris serai
5 helai daun limau
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
½ biji buah pala
2 biji tomato
air secukupnya

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan dan rebus sehingga ekor lembu empuk dan masak.Biar sehingga 30 minit di atas api yang sederhana.Kemudian biarkan lagi 10 minit sebelum disaring.Sedia dihidangkan.

RECIPE:SUP SAYUR

Bahan A:
50 gm udang
50 gm sotong
3 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } tumbuk
½ inci halia }

1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa
serbuk perasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan B:
20 gm kacang buncis
20 gm bunga kobis
20 gm lobak merah
3 batang jagung muda
1 biji tomato
½ biji cili capsicum
10 gm cendawan
20 gm suhun

Cara membuat:
1.Tumis bahan tumbuk hingga naik baunya.Kemudian masukkan udang,sotong,garam,lada sulah,serbuk perasa dan air.
2.Setelah itu masukkan pula suhun dan bahan B.Biarkan hingga menggelegak dan bolehlah dihidangkan.

RECIPE:CAH BROKOLI

Bahan-bahan:
10 potong brokoli
8 keping cendawan
tomato
bawang putih
cili merah
cili padi
3 sudu minyak masak
¼ sudu mentega
2 senduk air

Cara membuat:
Tumis tomato,bawang putih,cili merah dan cili padi dengan mentega dan minyak masak sehingga cili benar-benar masak.Masukkan bahan lain dan kacau sebentar.Masukkan air dan biarkan sayur masak.

RECIPE:TUMIS KANGKUNG

Bahan-bahan:
125 gm kangkung
1 sudu sambal belacan
1 sudu belacan goreng
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 hiris tomato
3 sudu minyak masak
sedikit mentega
sedikit cili merah (dihiris)
sedikit cili padi (dihiris)
sedikit kicap

Cara membuat:
Panaskan minyakmasak dengan sedikit mentega.Tumis tomato,bawang putih,cili merah dan cili padi hingga naik bau.Masukkan sekali sambal belacan dan belacan goreng.Kemudian masukkan kangkung dan sedikit kicap.Gaul sebati dan biarkan sehingga sayur masak.

Wednesday, May 28, 2008

RECIPE:SAMBAL TERUNG GORENG

Bahan sambal belacan:
100 gm bawang merah
100 gm bawang putih
250 gm cili merah
50 gm cili padi
500 gm tomato
200 gm gula merah
25 gm gula putih
25 gm belacan
*Tumbuk kesemua bahan di atas sehingga lumat dan ketepikan*

Bahan menggoreng:
2 biji terung
1 senduk kuah sup ekor
2 sudu sambal belacan
1 helai daun limau
2 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1 biji bawang merah (tumbuk kasar)

Cara membuat:
Goreng terung yang telah dipotong kecil-kecil dan ketepikan.Kemudian tumis kesemua bahan-bahan di atas dan masukkan terung yang telah digoreng tadi.Biarkan seketika dan sedia dihidangkan.

RECIPE:LEMAK SELERA KAMPUNG

Bahan-bahan:
Secekak pucuk ubi
15 biji cili api
5 ulas bawang merah
200 gm udang basah
sebiji kelapa (jadikan satu mangkuk santan pekat dan satu mangkuk santan cair)
4 keping tempe
1 batang serai
sekuntum bunga kantan
1 inci kunyit
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Pucuk ubi ditumbuk separuh lumat dan dibuang airnya.
2.Cili,kunyit,bawang dan garam ditumbuk halus.
3.Tempe dipotong dadu.
4.Masukkan bahan yang ditumbuk bersama santan pekat.
5.Masukkan tempe dan serai masak hingga mendidih.
6Masukkan santan cair,udang dan bunga kantan masak hingga mendidih dan bolehlah dihidangkan.

RECIPE:KERABU RAMPAI SERI KAMPUNG

Bahan A:
½ biji kelapa parut (digoreng tanpa minyak)
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci ubi cekor
½ inci belacan bakar
3 biji limau kasturi
garam
serbuk perasa
gula

Bahan B:
4 tangkai daun selom
4 tangkai daun cekor
6 tangkai daun pegaga
4 batang kacang botol

Cara membuat:
1.Tumbuk cili padi,bawang merah,bawang putih,ubi cekor dan belacan.Semua bahan B dimayang sedikit kasar.
2.Gaulkan semua bahan yang ditumbuk dengan kelapa,garam,gula dan serbuk perasa.Masukkan bahan B dan gaul sebati.Perahkan limau kasturi dan gaul lagi hingga mesra.Masukkan ke dalam pinggan dan bolehlah dihidangkan.

RECIPE:KERABU ULAM-ULAM

Bahan-bahan:
200 gm perut lembu
200 gm udang hidup
1 biji timun
1 biji lobak merah
1 biji cili merah
1 biji cili muda
½ biji bawang besar
3 batang kacang botol
3 batang kacang panjang
30 sen daun pegaga
20 sen tauge
4 tangkai daun selom
4 biji limau kasturi
1 sudu besar santan pekat
50 sen kacang tanah }
3 batang serai } tumbuk
7 biji cili padi }
garam dan gula secukupnya

Cara membuat:
Perut lembu dan udang dibersihkan dan dicelur.Semua ulam-ulam dibersihkan dan diracik halus.Gaul semua bahan-bahan tersebut dan masukkan pati santan,gula dan garam.

RECIPE:KERABU PELAM BERUDANG

Bahan-bahan:
1 ikat daun pegaga
1 ikat daun selom
1 batang bunga kantan
sedikit buah pelam muda
½ biji kelapa parut
limau kasturi

Perencahnya:
6 ulas bawang merah
1 biji cili merah
500 gm udang kering
100 gm udang hidup (digoreng)
½ inci halia
sedikit belacan

Cara membuat:
1.Tumbuk bawang merah,cili merah dan udang kering.
2.Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik baunya.Angkat.
3.Gaulkan dengan ulam-ulam yang sudah dimayang dan masukkan udang hidup.Perahkan limau kasturi dan masukkan gula dan garam.

RECIPE:KERABU SERI AMAN

Bahan-bahan:
50 gm udang kering }
50 gm ikan bilis }goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
4 sudu besar kelapa goreng
3 batang serai
1 cm halia
10 biji bawang merah
sedikit belacan
2 kuntum bunga kantan
½ ikat daun selom
daun pegaga
ulam raja
kacang botol
limau kasturi
gula dan garam ikut rasa

Cara membuat:
1.Semua bahan dan ulam dihiris halus/nipis dan satukan dalam satu bekas besar.
2.Kemudian gaulkan dengan gula dan garam.Setelah itu limau nipis diperah dan digaul dengan bahan-bahan tadi.

RECIPE:KERABU RAMPAI SARI

Bahan-bahan:
1 ikat pucuk pegaga
1 ikat ulam raja
2 kuntum bunga kantan
½ biji kelapa parut
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
50 sen udang kering
4 biji limau kasturi
15 biji cili padi
sedikit belacan
sedikit cekor
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:
1.Bersihkan pucuk pegaga,bunga kantan dan ulam raja.Hiris halus.
2.Cili padi,bawang merah,bawang putih, belacan dan udang kering ditumbuk lumat.
3.Panaskan kuali dan masukkan kelapa parut dan bahan yang ditumbuk tadi.Kacau hingga naik baunya.
4.Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi ulam,gaul sambil dibubuh limau.Masukkan garam dan gula.

RECIPE:KERABU PUCUK PAKU

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku
50 sen tauge
1 kg kerang (rebus dan ambil isinya)
5 ulas bawang kecil (dimayang nipis)
20 sen cili padi (ditumbuk)
7 biji limau kasturi
belacan sebesar ibu jari
50 sen udang kering
sedikit kerisik
garam dan gula secukupnya
sedikit pati santan

Cara membuat:
1.Bersihkan pucuk paku dan tauge kemudian celur.
2.Gaulkan semua bahan-bahan yang lain dengan pucuk paku dan tauge.Tambahkan dengan garam, gula dan air limau kasturi.

RECIPE:NASI ULAM

Bahan-bahan:
1 mangkuk besar nasi putih
200 gm lengkuas
150 gm halia }
3 batang serai } ditumbuk halus
200 gm bawang kecil (dipotong halus)
100 gm garam kasar
150 gm lada hitam (digoreng dan tumbuk halus)
200 gm kelapa parut
300 gm ikan masin plotan (dibakar dan ditumbuk)

Bahan ulam:
Ulam raja
Cekur
Daun kunyit
Pegaga

*Hiris nipis-nipis kesemua bahan dan campurkan kesemuanya ke dalam nasi putih.Tambahkan sedikit serbuk perasa kemudian tanak nasi tersebut hingga masak.

RECIPE:KETAM MASAM MANIS

Bahan-bahan:
4 ekor ketam
3 biji bawang merah (dimayang halus)
5 tangkai cili kering (digunting kecil)
4 biji bawang besar (dikisar)
6 batang serai (dihiris nipis)
minyak masak
asam jawa
belacan
gula halus
serbuk perasa

Bahan untuk hiasan:
2 biji bawang besar dihiris dan digoreng garing.

Cara membuat:
1.Panaskan minyak.Goreng cili kering,serai dan belacan.Sejukkan terlebih dahulu kemudian kisar.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah hingga garing.Masukkan bahan yang dikisar, goreng hingga garing dan naik baunya.
3.Masukkan air asam jawa,belacan,gula,garam dan serbuk perasa.
4.Apabila telah mendidih masukkan ketam dan biarkan hingga masak.Apabila dihidangkan, taburkan bawang goreng sebagai hiasan.

RECIPE:SOTONG KASTURI BEREMPAH

Bahan-bahan:
1 kg sotong putih yang telah digoreng
5 biji bawang merah }
5 batang serai }
halia muda } dikisar
15 gm jintan manis }
2 cawan santan pekat
4 biji cili merah
15 gm asam jawa
serbuk perasa
½ cawan minyak

Cara membuat:
1.Sotong digoreng terlebih dahulu hingga masak.
2.Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik baunya.Masak dengan api yang sederhana.
3.Apabila mendidih masukkan sotong putih,santan pekat,air asam jawa,cili merah,garam dan serbuk perasa.Kacau hingga ia menjadi pekat.

Tuesday, May 27, 2008

RECIPE:UDANG GORENG ISTIMEWA

Bahan-bahan:
500 gm udang segar bersaiz sederhana
½ biji kelapa parut
100 gm daun kari
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 sudu kecil lada putih
1 cm halia
3 sudu mentega
3 sudu minyak sapi
gula
garam
serbuk perasa

Cara membuat:
1.Udang dibersihkan dan digaul dengan sedikit garam dan goreng.
2.Bawang merah,bawang putih,halia,lada putih dan serbuk kunyit digiling halus.Panaskan minyak sapi dan mentega dan tumiskan bahan yang digiling tadi hingga naik bau.
3.Kemudian masukkan daun kari dan kelapa parut.Masukkan pula garam,gula dan serbuk perasa..Masak hingga garing dan berderai dan selepas itu masukkan udang yang telah digoreng tadi.Gaul hingga sebati.

RECIPE:SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan:
100 gm udang
25 gm petai (dibelah dua)
½ sudu sambal belacan
1 senduk kuah tongseng
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
4 hiris tomato
1 helai daun limau

Cara membuat:
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga udang masak.

Bahan kuah tongseng:
100 gm bawang merah
100 gm bawang putih
50 gm buah keras
100 gm cili merah
15 gm cili padi
5 helai daun limau
5 batang serai
5 helai daun salam
1 hiris lengkuas
½ kg santan
10 gelas air

*Goreng bawang merah,bawang putih,buah keras,cili merah,cili padi dan daun limau.Kemudian kisar sehingga lumat.Masukkan bahan-bahan lain dan rebus kembali sehingga mendidih.

RECIPE:KAMBING SEANTERO DUNIA

Bahan-bahan:
1 kg tulang kambing dan isinya
5 biji bawang merah (dikisar)
halia muda sebesar ibu jari (dikisar)
10 tangkai cili kering (dipotong halus)
1 tangkai daun kari
50 gm biji sawi
120 gm serbuk cili
120 gm serbuk kari ikan
15 gm garam masala
15 gm kerisik
1 cawan minyak masak
serbuk perasa
1 cawan santan pekat

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik baunya.
2.Masukkan biji sawi,cili kering,daun kari dan daging kambing,kacau hingga sebati.
3.Kemudian masukkan santan pekat,garam masala dan serbuk perasa.Masukkan sedikit air dan tunggu hingga mendidih.
4.Apabila daging kambing telah lembut masukkan kerisik dan kacau sehingga pekat.

RECIPE:IKAN MASAM MANIS

Bahan A:
1 ekor ikan siakap (boleh juga digantikan dengan ikan kerapu,sotong dan lain-lain)
8 hiris tomato
3 ulas bawang putih
5 hiris cili merah
3 sudu minyak masak
air

Bahan B:
4 hiris lada benggala merah
4 hiris lada benggala hijau
¼ biji bawang Bombay
4 potong timun
4 potong nanas
sos tomato secukup rasa

Cara membuat:
Panaskan minyak masak.Tumis tomato,bawang putih dan cili merah sehingga cili masak.Masukkan air.Kemudian masukkan bahan B tambahkan sos tomato dan biarkan sehingga masak.Ketepikan.Untuk ikan yang besar potong isinya kecil-kecil,sapukan dengan tepung dan goreng.Tulang ikan tersebut juga digoreng.Manakala bagi yang menggunakan bahan seperti sotong atau udang goreng bahan tersebut dengan tepung.Akhir sekali tuang bahan sos yang telah diketepikan tadi ke atas ikan tersebut.Sedia disajikan.

RECIPE:AYAM BAKAR

Bahan rebusan ayam:
1 ekor ayam (kukus sebelum dibakar)
400 gm bawang merah (digoreng)
400 gm bawang putih (digoreng)
100 gm buah keras (digoreng)
500 gm gula merah (digiling)
50 gm ketumbar (digiling)
50 gm tepung pulut (digiling)
10 gelas air

*Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.Campurkan bahan goreng dan giling ke dalam periuk berisi air.Masukkan ayam dan kukus sehingga ayam empuk.Ketepikan.

Bahan bumbu ayam:
500 gm bawang putih (digoreng)
250 gm bawang merah (digoreng)
250 gm buah keras (digoreng)
75 gm halia (digoreng)
10 gm kecur (digoreng)
10 gm lengkuas (digoreng)
2 kg gula merah (digiling dengan air)
50 gm serbuk ketumbar (digiling dengan air)
100 gm serbuk lada (digiling dengan air)

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan goreng dan giling.Kukus bahan campuran tersebut sehingga masak.Kemudian sapukan pada ayam yang telah dikukus dan bakar ayam tersebut.

RECIPE:AYAM ADOVOO

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong sepuluh bahagian
100 gm halia (dikisar)
50 gm bawang putih (dikisar)
½ cawan cuka
10 ml minyak masak untuk menumis
50 ml air
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Basuh ayam dan toskan sehingga kering.
2.Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.Masukkan ayam,cuka dan air.Kacau sehingga kering dan masak kemudian bolehlah dihidangkan.

RECIPE:GULAI LEMAK KERISIK IKAN PATIN

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
10 tangkai cili kering }
7 biji bawang merah }
5 ulas bawang putih }dikisar
halia sebesar ibu jari }
1 mangkuk santan
5 sudu kerisik
5 keping asam keping
garam secukupnya
4 batang serai (dititik)

Cara mambuat:
1.Satukan santan,bahan kisar dan kerisik di dalam periuk.
2.Masukkan asam keping,serai dan garam secukupnya.Biarkan mendidih.
3.Masukkan ikan,kecilkan api dan biarkan hingga masak.Bolehlah dihidangkan.

RECIPE:PATIN KUKUS PERISA MADU

Bahan A:
1 ekor ikan patin

Bahan B:
100 gm halia muda
50 gm bawang putih
15 biji cili padi
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil tepung ubi
½ sudu kecil gula
2 biji limau kasturi

Bahan C:
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
3 sudu besar madu
1 sudu besar rempah kari
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
1 batang serai
1 bungkus cendawan
sedikit air

Cara membuat:
1.Ikan dibersihkan dan celup dengan air panas dan toskan.
2.Bahan B ditumbuk halus.Gaulkan pada ikan dan diperap selama 10 minit.
3. Bahan C ditumis, masukkan madu,cendawan dan sedikit air.Tuangkan sedikit bahan tumisan pada ikan kukus.Kukus semula.Selebihnya untuk hiasan.

RECIPE:IKAN PATIN BERLADA SRI KAMPUNG

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
10 tangkai cili kering }
5 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih }
½ inci halia }
½ inci kunyit hidup } ditumbuk
1 sudu kecil kerisik }
½ inci belacan }
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar asam jawa
1 tangkai daun kari
3 helai daun limau purut
5 biji belimbing buluh
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuat:
1.Tumiskan bahan yang telah ditumbuk hingga garing.Masukkan rempah kari dan
kerisik.Tumis lagi dan masukkan sedikit air.
2.Masukkan perahan air asam jawa.
3.Kemudian masukkan ikan ,belimbing,garam dan serbuk perasa.Biarkan mendidih dan ikan masak.

RECIPE:IKAN PATIN SALAI MASAK LEMAK CILI PADI DAN PUCUK UBI

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
1 biji kelapa
15 biji cili padi
1 inci kunyit
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Ikan yang telah dibersihkan hendaklah disalai dahulu.
2.Cili padi,kunyit,bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.Lepas itu masukkan bahan-bahan tadi serta asam keping bersama santan dan masak hingga mendidih.
3.Setelah mendidih masukkan pucuk ubi yang telah dipusar dan seterusnya masukkan ikan salai tadi.Rasakan garamnya.

Monday, May 26, 2008

RECIPE:IKAN PATIN MASAK HIJAU

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
¼ cawan bawang goreng
15 biji cili padi (digoreng)
2 sudu cuka
1 sudu gula
2 gelas air
2 sudu besar minyak sapi

Bahan giling:
4 biji buah keras
5 cm halia
6 ulas bawang putih
1 sudu garam
15 biji cili hijau
10 biji bawang merah
½ sudu serbuk kunyit
2 batang serai

Cara membuat:
1.Panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan yang digiling hingga garing.Kemudian tuangkan air,cuka dan gula.
2.Goreng ikan hingga masak dan letakkan ke dalam pinggan bujur.Kemudian tuangkan bahan yang digoreng tadi ke atas ikan.Taburkan dengan bawang goreng di atasnya.

RECIPE:PAIS IKAN PATIN

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (ambil isinya)
6 biji cili padi
6 ulas bawang merah
1 biji telur
½ biji kelapa parut
2 batang serai
4 hiris halia
2 hiris cekor
4 sudu besar rempah kari
sedikit belacan
garam secukupnya
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
hirisan cili merah
daun pisang untuk membungkus

Cara membuat:
1.Cili,bawang,serai,halia,cekor dan belacan ditumbuk halus.
2.Masukkan rempah kari,daun kunyit dan hirisan cili merah dan gaul semua bahan-bahan ini.
3.Telur dipukul hingga kembang.Kemudian masukkan ke dalam bahan-bahan tadi dan tambah garam secukupnya.
4.Letakkan isi ikan bersama rempah tadi dan bungkus dengan daun pisang.Kukus selama 20 minit.

RECIPE:KEBAB IKAN PATIN

Bahan-bahan:
2 ekor ikan patin
sedikit tepung gandum
50 gm tepung sagu
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah

Cara membuat:
1.Rebus ikan dengan asam gelugur dan kemudian ambil isinya dan tumbuk hingga lumat.
2.Ambil isinya dan campurkan dengan tepung gandum dan tepung sagu serta lada sulah.Gaul sebati dan bulat bulatkan.
3.Panaskan air dan celur bahan yang telah dibentuk tadi hingga timbul.

Bahan B:
2 biji telur
100 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
garam secukup rasa
serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Campurkan kesemua bahan B dan kacau rata kecuali telur dan minyak.
2.Pukul telur dan celup bebola ikan tadi di dalamnya.
3.Golekkan bebola ikan kedalam bancuhan tepung dan goreng sampai garing.

RECIPE:IKAN BAWAL MASAM MANIS

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
2 ulas bawang putih }
1 inci halia }dimayang
1 potong nanas
1 biji tomato
½ biji timun
sos cili
serbuk kunyit
gula
garam
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Ikan digoreng garing.Angkat dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih dan halia serta masukkan satu senduk air dan cili sos.
3.Masukkan garam dan gula.Setelah mendidih masukkan timun,tomato dan nanas.
4.Tuangkan sos yang sudah dimasak tadi ke atas ikan dan hidangkan.

RECIPE:KARI KEPALA IKAN:

Bahan-bahan:
1 ketul kepala ikan merah
2 biji bawang besar }
4 biji bawang merah }
5 biji bawang putih } dimayang
halia muda sebesar ibu jari }
5 gm halba campur
1 cawan minyak masak
15 gm tomato paste
1 tangkai daun kari
10 gm serbuk kari ikan
200 gm air asam jawa
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
8 biji kacang bendi muda
2 biji terung bulat
2 biji tomato
1 biji mangga muda

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah,bawang putih,bawang besar dan halia muda sehingga naik bau.
2.Apabila telah kekuningan masukkan tomato paste bersama daun kari dan biji sawi.
3.Masukkan serbuk rempah ikan dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan air.Kacau sehingga pecah minyak dan selepas itu masukkan air asam jawa dan santan pekat.Kacau hingga sebati.
4.Apabila telah mendidih masukkan kepala ikan yang telah dibersihkan dengan air asam jawa hingga sebati.Kemudian masukkan kacang bendi,terung bulat,tomato,mangga muda,garam dan serbuk perasa.Apabila telah masak bolehlah diangkat.

Sunday, May 25, 2008

RECIPE:AYAM PENYET

Bahan sambal:
3 ulas bawang putih
8 biji cili merah
sedikit garam
1 sudu minyak masak

Bahan rebusan ayam:
1 ekor ayam
400 gm bawang merah (digoreng)
400 gm bawang putih (digoreng)
100 gm kunyit (digoreng)
100 gm buah keras (digoreng)
75 gm halia (digoreng)
10 gm kecur (digoreng)
10 gm lengkuas (digoreng)
2 kg gula merah (digiling dengan air)
50 gm serbuk ketumbar (digiling dengan air)
100 gm serbuk lada (digiling dengan air)


*Campurkan kesemua bahan goreng dan giling ke dalam periuk yang berisi air.Masukkan ayam dan kukus sehingga empuk.

Bahan goreng:
800 gm bawang putih (kisar)
5 biji telur
2 sudu serbuk kunyit
1 auns ketumbar
20 gm tepung pulut

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan di atas ke dalam pengisar.Kisar hingga lumat.Kemudian gaulkan dengan ayam yang telah direbus tadi sehingga sebati.Goreng ayam sehingga kekuning-kuningan.Letakkan sambal ayam yang telah disediakan tadi ke atas ayam yang telah digoreng.Sedia dihidangkan.

Friday, May 23, 2008

RECIPE:HATI MASAK MASALA

Bahan-bahan:
600 gm hati lembu
3 sudu kecil rempah kurma
5 ulas bawang merah }tumbuk halus
2 ulas bawang putih }tumbuk halus
2 cm halia
3 ulas bawang besar dipotong bulat
3 sudu besar minyak sapi
garam secukup rasa

Bahan garam masala:
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil biji kas-kas
2 biji buah pala
2 kuntum bunga cengkih

Cara membuat:
1.Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang dan halia sehingga naik bau.Masukkan garam masala dan rempah kurma,kacau perlahan-lahan.
2.Masukkan hati lembu yang telah dipotong leper/hiris dan biarkan ia empuk.Kemudian masukkan bawang.Masak hingga mendidih.

RECIPE:DADA AYAM BERMADU

Bahan-bahan:
2 keping dada ayam yang telah disalut dengan serbuk roti
2 biji bawang besar
1 sudu besar madu
separuh biji tembikai susu (dipotong kiub)
separuh biji nanas (dipotong kiub)
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil stok ayam
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu tepung jagung
serbuk perasa

Cara membuat:
1.Tumiskan bawang putih kemudian masukkan tembikai susu dan nanas.
2.Masukkan pula kicap cair,madu dan jus lemon.Kemudian masukkan stok ayam dan kacau hingga rata.
3.Masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dengan air dan serbuk perasa.Curahkan sos di atas ayam yang telah digoreng dan hiaskan dengan daun salad.

Saturday, May 17, 2008

Resepi Oat Dengan Pisang

Bahan-bahan
40 gm oat
20 ml susu
25 gm pisang masak (potong dadu)
10 gm koko krunch
10 gm ornflakes
Gula secukup rasa

Cara Membuatnya
Rebus susu sehingga mendidih. Perlahankan api, kemudian masukkan oat bersama gula. Kacau adunan sehingga sebati dan seterusnya masukkan pula pisang. Kacau ia hingga sebati. Setelah masak, sajikan dengan koko krunch dan cornflakes.

Info Kesihatan
Pisang memang kaya dengan karbohidrat berbanding buah-buahan lain. Pisang menjadi sumber tenaga yang baik untuk tubuh. Pisang juga kaya dengan zat besi dan baik untuk pesakit anemia bagi proses terapi nutrisi.

Recipe by: WanNo http://resepi4u.blogspot.com/

Saturday, April 12, 2008

Banana Waffles with Pecans


1/2 cup pecans
1 1/2 cups all-purpose flour
1/2 cup yellow cornmeal
1 tablespoon baking powder
1/4 teaspoon salt
1 1/4 cups milk
1 1/2 sticks unsalted butter, melted
3 large eggs, separated
2 large ripe bananas, quartered lengthwise and cut into 1/2-inch pieces
1/4 cup sugar
maple syrup, for serving


Preheat the oven to 350 degrees F. Spread the pecans in a pie plate and bake for 10 minutes, or until golden. Let cool, then coarsely chop. Lower the oven temperature to 225 degrees F.
Preheat a waffle iron. In a large bowl, whisk the flour with the cornmeal, baking powder and salt. In a small bowl, combine the milk, melted butter and egg yolks. Stir the liquid into the dry ingredients just until moistened; lumps are okay. Fold the bananas into the batter.
In a clean bowl, beat the egg whites at medium speed until frothy. Increase the speed to high and beat until firm peaks form. Add the sugar and beat until the whites are stiff and glossy. Fold the whites into the batter until no streaks remain.
Oil or butter the waffle iron. Pour 1 1/4 cups of batter into the iron and bake until the waffle is golden, about 6 minutes, depending on the iron. Transfer the waffle to an oven rack to keep warm. Continue to cook the remaining batter in 3 batches. (There should be no need to regrease the iron between waffles.) Separate the waffles and serve with the toasted pecans and maple syrup

SELAMAT MENCUBA RESEPI YANG AKAK BERIKAN DAN NIKMATI KELAZATANNYA.

Terima Kasih Dari Akak.