Hari ini mat mat otak-otak kukus...kalau nak dipanggang atas bara api pun boleh.....jom kita cuba buat yeaaa...
Bahan Utama:-200 g isi ikan tenggiri80 g telur ikan tenggiri (optional)2 helai daun limau purut, diracik halus1 helai daun kunyit, diracik halus50 ml pati santanDaun pisangGaram dan gula secukup rasaBahan Kisar:-6 ulas bawang merah3 ulas bawang putih2 biji buah keras2 biji cili merah (atau 6 ulas cili padi)1 camca teh serbuk kunyit
Cara membuatnya:-
Masukkan isi ikan, telur ikan dan bahan2 kisar dalam food processor, kisar hingga semua sebati dan mesra. Masukkan pati santan, garam dan gula secukup rasa. Terus mengisar 1 - 2 minit atau hingga semua sebati bergaul.
Keluarkan dan letak dalam satu bekas. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata.
Ambil sekeping daun pisang, buat bentul silinder, ikat bahagian bawahnya dan isi dgn adunan otak2 tadi hingga 3/4 penuh. Ikat hujungnya dan buat sampai siap. Boleh juga dibungkus macam lepat pisang.
Kukus atas air mendidih 40 minit. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan. Boleh juga dipanggang atas api bara hingga masak.

Recipes by: Mat Gebu http://bluetiffin.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment