WELCOME TO RECIPES
Thursday, January 31, 2008
RECIPE: Oatmeal-Apple-Raisin Muffins
1 egg
1 cup buttermilk (or 1 cup of milk with 1 tablespoon of lemon juice added)
1 cup oatmeal (either quick-cooking or old-fashioned oatmeal; I like to use the old-fashioned)
1/2 cup of brown sugar
1/2 cup cooking oil
2 cups flour
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon salt
1/2 teaspoon baking soda
1/4 to 1/2 teaspoon cinnamon
1 apple chopped
1/2 cup raisins
1/2 cup chopped walnuts (optional)
Pre-heat oven to 375 degrees. Chop apple and put into a mixing bowl. Add the raisins. Measure out the remaining ingredients. Stir just until the dry ingredients are moistened. Grease muffin cups and fill to 2/3 full. Bake for 20 to 25 minutes or until golden brown. Allow to cool for 5 to 10 minutes, then remove from the muffin tins. Makes 2 dozen muffins.
Hint: Instead of greasing the muffin tins, use cupcake papers. That way you won't have to work so hard to scrub out your muffin tins.
Wednesday, January 30, 2008
RECIPE: CHICKEN & GALANGAL SOUP @ TOM KHAI GAI
UNTUK SAMBAL:- Tumis semua bahan dengan api sederhana hingga cili garing. Angkat dan ketepikan.
UNTUK SUP:- Dalam periuk, masukkan daun limau purut, hirisan lengkuas, serai, cili padi titik dan air. Masak hingga mendidih selama 10 minit. Masukkan ayam, cendawan butang, sos ikan dan gula. Biar mendidih atas api sederhana 15 - 20 minit dan masukkan hirisan kobis dan santan. Gaul rata dan masak atas api perlahan untuk 5 minit lagi. Matikan api.
PENYEDIAAN SUP:- Dalam satu bekas, satukan bahan2 perisa dan gaul hingga rata. Tuang bancuhan bahan perisa ke dalam sup tadi dan gaul rata. Hidupkan api dapur dan masak 2 minit lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api dan hidangkan segera. Tabur hirisan daun ketumbar dan cili padi tadi....sedap dimakan panas2 bersama roti atau nasi....
RECIPE: Fire Cracker Italian Sausage Pasta
This is a recipe that is a huge hit with my entire family. Even my picky toddlers!
Fire Cracker Italian Sausage Pasta
Recipe
1 pound uncooked wheat pasta (be sure to use a fun shape)
1 large zucchini - sliced
1/2 cup red onion - sliced
3 T fresh garlic - chopped
1/2 cup olive oil
3 Italian sausage links - sliced
1/2 cup frozen peas
1/4 cup fresh basil
1/4 cup green onions
Salt and Pepper
Preparation
Pasta:
Cook pasta according to package. Drain. Set aside.
Italian Sausage:
Cook Italian Sausage until done. Set aside until it is cool enough to
touch. Slice into bite size pieces.
Herbs & Vegetables:
Zucchini - wash, slice into bit size pieces
Red Onion - peal, slice
Fresh Garlic - peal, chop
Frozen Peas - soak in warm water until no longer frozen, drain, set aside
Fresh Basil - wash, chiffonade (see tip below)
Green Onions - wash, slice into small pieces
Instructions
Heat a pan large enough for all of the above ingredients. I tend to use the stock pot I boiled my pasta in. Throw in 2 T. olive oil, zucchini, red onions, garlic, and Italian sausage. Sauté until zucchini is tender.
Once tender, toss in all of your herbs and vegetables, and the remaining olive oil.
Add salt and pepper to taste.
Sprinkle with parmesan cheese.
Enjoy!
Tips from Chef Bek:
White pasta can be substituted for wheat.
Dried basil can be substituted for fresh. (when using fresh herbs in a recipe, use 3 times as much as you would use of a dried herb)
Chicken broth can be substituted for the oil which goes into the pasta once tossed.
Cooking spray can be substituted for the oil you sauté your vegetables with.
Turkey sausage is a great substitute for Italian sausage.
Monday, January 28, 2008
RECIPE: TALAM MANJA MENTUA...
Panaskan kukusan, lenser tin berukuran (7 x 7 x 3) inci dengan sedikit minyak. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN BAWAH:- Satukan semua bahan2 A dalam satu bekas dan kacau dengan wisk hingga semua sebati. Tapis adunan dan tuang ke dalam bekas tadi. Kukus 20 minit dengan api sederhana.
UNTUK LAPISAN ATAS:- Satukan semua bahan2 B dalam satu bekas dan kacau dengan wisk hingga semua sebati. Tapis adunan dan kemudian tuang perlahan2 atas adunan lapisan bawah yang telah masak tadi. Sambung mengukus 30 - 35 minit lagi. Sejukkan sebelum dipotong untuk dihidangkan...Selamat mencuba!!
TIPS DARI HO AH LIN:- Untuk adunan bawah, telur dan semua bahan2 A, kena dikacau perlahan2 (ala2 manja gituu)...baru hasil dia licin dan tak jadi seakan2 cream caramel seperti mat buat tu dan jika nak kuning lagi boleh tambah 2 camca besar tepung kastard..harap maklum semuaa.
RECIPE: BINGKA UBI
Bahan-Bahannya:- (mat buat 1/2 dari adunan dibawah)
1400 g parutan ubi*
225 ml air*(*disatukan)
3 biji telur gred A
3 camca teh teh tepung jagung
150 g gula melaka
300 g gula pasir
625 ml pati santan
11/2 camca teh esen vanilla
1 camca teh garam
1 camca besar mentega
Cara membuatnya:-
Ubi parut yang telah dicampur dengan air tadi, diperah dan tadah airnya dalam satu bekas. Asingkan ubi tadi, dan biarkan air perahan tadi rehat 20 minit hingga sagunya mendak. Buang air perahan hingga tinggal sagu ubi sahaja. Masukkan ubi parut yang diperah tadi ke dalam sagu ubi dan gaul rata. Ketepikan.
Sementara itu, potong gula melaka kecil2. Pecahkan telur dalam bekas, dan masukkan gula pasir, gula melaka, garam, tepung jagung dan esen vanilla. Kacau dengan wisk hingga semua bersatu. Masukkan santan dan mentega. Gaul rata.
Jerang santan tadi atas api perlahan sambil terus mengacau hingga gula merah larut dan mentega cair, tak perlu mendidih. Angkat dan tapis. Tuang ke dalam parutan ubi tadi, gaul hingga rata dan tuang dalam loyang (berukuran 8 x 8 x 3 inci) yang telah dilenser dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas minyak dan ditabur sedikit tepung. (Mat guna tin berukuran 8 x 4 x 3 inci)...
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 10 minit, kemudian turunkan suhu kepada 130C dan bakar lagi 1 jam 15 minit. Bila masak keluar kuih dari oven, sejukkan 10 minit dan keluarkan dari tin, tanggalkan kertas perlahan2, biar betul2 sejuk sebelum dipotong...
Recipe by: Mat Gebu http://bluetiffin.blogspot.com/
Sunday, January 27, 2008
RECIPE: LEMAK CILI PADI IKAN KELI SALAI
Siang ikan keli sungai, cuci bersih dan lumut serbuk kunyit dan sedikit garam. Panggang hingga garing. Angkat dan ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang lagi 1 1/2 cawan air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
Dalam periuk, masukkan bahan tumbuk lumat, serai dan santan no.2. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Masukkan ikan panggang tadi dan biar mendidih. Tuang santan no.1 dan masukkan bunga kunyit.
Bila mendidih, tuang jus limau kasturi. Kacau rata. Rasa kuahnya, jika kurang garam boleh ditambah. Biar masak 2 - 3 minit dan boleh matikan api. Boleh dihidangkan bersama nasi hangat dan ulam2man....meleleh air liurr beb!!!
Thursday, January 24, 2008
RECIPE: OTAK - OTAK KUKUS
Masukkan isi ikan, telur ikan dan bahan2 kisar dalam food processor, kisar hingga semua sebati dan mesra. Masukkan pati santan, garam dan gula secukup rasa. Terus mengisar 1 - 2 minit atau hingga semua sebati bergaul.
Keluarkan dan letak dalam satu bekas. Masukkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit. Gaul rata.
Ambil sekeping daun pisang, buat bentul silinder, ikat bahagian bawahnya dan isi dgn adunan otak2 tadi hingga 3/4 penuh. Ikat hujungnya dan buat sampai siap. Boleh juga dibungkus macam lepat pisang.
Kukus atas air mendidih 40 minit. Sejukkan sebelum dipotong untuk hidangan. Boleh juga dipanggang atas api bara hingga masak.
RECIPE: GULAI UDANG DENGAN TIMUN
Potong muncungnya dan buang ketulan kotor yang berada di kepala udang dan cuci bersih, toskan. Buang kulit timun, kerat dua setiap biji timun, kemudian belah 4 setiap potongan dan buangkan bijinya, ketepikan. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
Dalam periuk, masukkan udang, asam gelugor dan bahan2 kisar. Masak atas api sederhana 1 - 2 minit. Tuang santan cair, kacau rata dan biar mendidih. Kemudian tuang pati santan, daun kunyit dan masukkan timun yang telah di potong tadi, perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Biar mendidih sambil dikacau selalu. Masak hingga timun sedikit lembut dan rasa kuahnya, kalau dah ok, bolehlah matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan an ulam-ulaman.....
RECIPE: KEK COKLAT KUKUS "WAK LUU!!!"
Panaskan kukusan, lenser tin dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, satukan bahan2 yang diayak bersama gula halus, gaul rata. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga sebati. Tuang bancuhan susu, air dan nescafe perlahan. Putar hingga semua bergaul mesra.
Akhir sekali masukkankan minyak jagung dan esen vanilla, putar hingga sebati dan gula hancur. Tuang dalam tin tadi dan kukus 1 jam. Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan wap jatuh atas kek...
RECIPE: PUDING SUSU BERSOS COKLAT....
Satukan susu, serbuk jelly, gula dan kuning telur, kacau hingga rata dan sebati. Masak atas api sederhana hingga mendidih. Tuang esev vanilla, kacau rata dan tuang dalam acuan kegemaran. Biar suam dan simpan dalam peti sejuk hingga keras.
Cairkan coklat secara double boiler, masukkan susu, gaul rata. Matikan api dan masukkan mentega, gaul hingga rata. Ketepikan.
Kelurakan jelly tadi dan letak dalam bekas sesuai, sudukan sos coklat atas jelly, kalau suka boleh dimakan bersama buah2an campuran dalam tin.....
Wednesday, January 23, 2008
RECIPE: THAI VERMICELLI SALAD @ YUM WOON SEN
Rendam soo hoon 10 minit, kerat2 dan toskan. Celur udang 30 saat dengan satu cawan air, angkat dan toskan. Kemudian masukkan soo hoon dan masak 2 - 3 minit (bila soo hoon menjadi jernih). Angkat dan toskan.
Satukan bahan2 dressing dan gaul semuanya hingga rata. Dalam satu bekas, masukkan soo hoon, bawang, daun sup dan daun bawang serta udang. Tuang dressing dan gaul hingga rata. Tabur kacang tanah sebelum dihidang. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama kepingan kobis salad.
RECIPE: CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
Dalam satu bekas, satukan bahan2 diayak bersama gula halus dan 150 g chocolate chips, gaul rata. Tuang bahan2 yang dikacau rata dan gaul hingg semua sebati dan mesra.
Sudukan bancuhan muffin tadi ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn taburan coklat chips, buat hingga siap
Bakar dalam oven pada suhu 180Cm selama 18 - 20 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan. Sesuai untuk minum petang bersama keluarga...
RECIPE: PIZZA ROLL BUN
UNTUK DOH:- Satukan semua bahan dalam satu bekas, kecuali mentega, gaul rata dan uli hingga menjadi doh. Gaulkan mentega sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mendapat doh yang lembut, anjal dan licin. Bulat2kan doh dan letak dalam satu bekas, tutup permukaan bekas dgn plastic cling dan biar doh rehat 1 jam hingga naik gebu sekali ganda. KAEDAH LAIN:- Satukan semua bahan2 dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan on kan. Biar sampai doh siap.
UNTUK SOS:- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, bila bawang lembut, masukkan daun bay dan tomato puree. Masak hingga terbit minyak. Tuang plum tomato yang diramas tadi, masukkan oregano, garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga sos pekat sedikit. Ketepikan untuk kegunaan kemudian.
UNTUK PIZZA ROLL BUN:- Keluarkan doh dari mangkuk, uli 5 minit dan canai empat persegi berukuran kurang lebih ( 14 x 12 ) inci. Tuang sos tomato dan ratakan, tabur hirisan sosej, lada benggala hijau, black olive, jeruk capers dan keju mozarella. Gulung seperti kita membuat swissroll. Kemaskan hujungnya. Potong kepada 10 bahagian sama besar dan alihkan ke dalam bekas sesuai (mat guna paper cup berdiameter 5 inci). Biar lagi 40 minit hingga naik gebu. Tabur sedikit keju, hirisan black olive dan sedikit sos tomato pada setiap potongan. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 10 - 12 minit. Boleh dihidangkan panas bersama sos cili atau mayonies...Selamat mancuba.
RECIPE: UDANG GALAH MASAK SOS
Udang galah lagii!!!!....ishh sedapnyaa!!, hari tu masak lemak dengan timun, hari ni masak sos je..senang, lagi pun udang segar ni, kalau kita masak dan letak macam2 benda "aneh", rasa asli si udang tu tak tau mana pegi......Cepat cedok nasi kita makan sama2....Bahan-Bahannya:-600 g udang galah (kalau pancing dpt banyak, boleh boh lebih)1/2 camca teh serbuk kunyit1 batang leek, dibersihkan dan kerat22 biji bawang besar, potong bulat3 ulas bawang putih, diketuk1 biji cili merah, potong serong1/2 camca besar sos tiram1/2 cawan sos cili1/4 cawan sos tomatoGaram dan sedikit gula (jika perlu)1 biji tomato, belah 6Hirisan daun bawang (hiasan)Cara membuatnya:-
Udang dikerat muncung dan buang kotoran di kepalanya, cuci bersih, toskan dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng udang 2 minit, angkat dan toskan.
Tinggalkan lebih kurang 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan leek, guna api sederhana. Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili, tuang 1/2 cawan air, gaul rata dan biar mendidih.
Masukkan udang dan cili merah, gaul rata. Tambah garam secukup rasa dan jika suka, tambah sedikit gula. Masak hingga pekat dan masukkan tomato, gaul rata dan matikan api. Hias dengan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan panas bersama nasi hangat.....