Loading...

WELCOME TO RECIPES

Your comprehensive recipes resource.Our mission is to give you the fact you need about recipes— fast — so you can get on the road to taking action right away`. The Recipes site provides a ton of information about recipes In addition, you will find extensive information on leading recipes to help you on your way to success. Please have a look at our recipes articles, products, resources, and additional information located throughout recipes. We strive to provide only quality articles, so if there is aspecific topic related to Recipes that you would like us to cover, please contact us at any time.And again, thank you to those contributing daily to our Recipes Blogsite.
--

Sunday, February 24, 2008

BAKSO AYAM


Bahan Untuk Bebola Ayam:-
500 g daging ayam, bahagian dada
1 biji bawang besar, dadu kecil
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*
1 camca teh lada hitam*(*ditumbuk halus)
3/4 camca teh garam
2 camca besar hirisan halus daun sup
4 camca besar tepung jagung
1 putih telur
1 camca teh baking powder
Bahan Sup:-
2 liter air (atau lebih)
3 biji bawang putih*
2 inci halia*
4 ulas bawang merah kecil*(*kisar halus)
2 inci lengkuas, diketuk
3 ketul kiub stok daging lembu/ayam "MAGGI"
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh jintan kasar*
1 camca besar lada hitam biji*(*ditumbuk halus dan bungkus punjut, gunakan kain muslin)
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 - 4 camca besar kicap cair
Bahan Lain:-
Mee kuning @ Mee hoon (celur hingga lembut)
Hirisan daun sup/bawang
Hirisan halus kobis
Hirisan halus lobak merah
Taugeh
Bawang goreng
Cili kicap*(tumbuk 10 cili padi + 1 ulas bawang putih + 1/2 cawan kicap manis)Sos cili*
Sos tomato*
Sos tiram*(*jenis2 sos yg digunakan)
Cara membuatnya:-
UNTUK BEBOLA AYAM:- Satukan semua bahan2 untuk bebola ayam dalam alat pengisar makanan dan kisar hingga semua sebati dan kenyal. Buatkan bebola (bergantung pada masing2, jika suka boleh buat besar atau pun comel2). Rebus bebola tadi dalam 2 liter air mendidih selama 10 minit. Angkat dan toskan. Simpan air rebusan untuk kegunaan kemudian.
UNTUK SUP:- Dalam periuk, tuang 3 camca besar minyak, dan tumis kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang dan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan lengkuas titik dan tuang air dan juga air rebusan bebola tadi. Masukkan kiub pati daging lembu/ayam, dan rempah yang telah dipunjut. Biar mendidih perlahan 20 - 25 minit. Masukkan kicap cair dan biar mendidih lagi. Rasa kuahnya dan jika OK..boleh padamkan api. Jika kurang "berangin", boleh tambah lada hitam serbuk...
PENYEDIAAN BAKSO AYAM:- Dalam mangkuk, masukkan mee (samada mee kuning, mee hoon atau campur kedua2nya). Tabur taugeh, kobis dan lobak merah. Tuang sup atas mee bersama bebola daging ayam tadi. Hias dengan hirisan daun sup/bawang dan bawang goreng. Letak setiap jenis sos sedikit2 atas bakso tadi mengikut kemahuan masing. Lepas tu boleh laaaa.....BEDAL!!!!!....Selamat mencuba yeaa.......
Recipe by: Mat Gebu http://bluetiffin.blogspot.com

No comments:

SELAMAT MENCUBA RESEPI YANG AKAK BERIKAN DAN NIKMATI KELAZATANNYA.

Terima Kasih Dari Akak.