Bahan-bahannya:-
1 biji buah kuinin
1 biji bawang besar, dihiris halus2
1/2 camca teh lada hitam biji
1 camca teh gula
1 inci belacan, dibakar
1/2 camca teh garam
1 cawan santan
Cara membuatnya:-
Cuci buah kuinin, kupas dan asingkan isi dan biji, hiris halus dan ketepikan.
Dalam lesung, tumbuk lada hitam hingga hancur, masukkan belacan dan gula. Terus tumbuk hingga sebati. Keluarkan dan isi dalam satu bekas.
Campurkan bahan tumbuk tadi, garam dalam santan, kacau hingga semua sebati. Dalam mangkuk masukkan hirisan buah kuinin dan bawang besar. Tuang bancuhan santan tadi dan gaul rata. Hidangkan segera atau boleh sejukkan dalam peti sejuk.

Recipe by: Mat Gebu http://bluetiffin.blogspot.com
No comments:
Post a Comment