WELCOME TO RECIPES

Your comprehensive recipes resource.Our mission is to give you the fact you need about recipes— fast — so you can get on the road to taking action right away`. The Recipes site provides a ton of information about recipes In addition, you will find extensive information on leading recipes to help you on your way to success. Please have a look at our recipes articles, products, resources, and additional information located throughout recipes. We strive to provide only quality articles, so if there is aspecific topic related to Recipes that you would like us to cover, please contact us at any time.And again, thank you to those contributing daily to our Recipes Blogsite.
--

Friday, June 13, 2008

RECIPE:AYAM TIKKA


Bahan-bahan:
750 gm dada ayam dipotong dadu (dibuang tulang dan kulit)
155 ml dadih (tairu)
2.5 cm halia (diparut)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sudu kecil serbuk cili
3 sudu kecil serbuk ketumbar
6 sudu kecil jus limau
2 sudu besar minyak sayuran
garam secukup rasa
lidi sate @ besi pencucuk

Cara membuatnya:
1.Ayam dibasuh dan dikeringkan terlebih dulu.Ayam dipotong dadu (2cm) dan dicucuk
pada lidi sate/besi pencucuk.
2.Masukkan ayam ke dalam mangkuk bersama dadih,halia,serbuk cili,bawang putih,serbuk ketumbar,garam,jus limau dan sedikit minyak.Gaul hingga sebati.
3.Perap ayam selama lebih kurang 6 jam sehingga adunan rempah itu meresap sebati ke dalam ayam.
4.Panggang ayam selama lebih kurang 5 hingga 7 minit dan pusingkan ayam tersebut agar kedua-dua bahagian masak sempurna.
5.Hidangkannya bersama dengan hirisan limau.

RECIPE:AIS PALU BUTUNG


Bahan-bahan:
750 gm santan cair
1 helai daun pandan (dikoyak-koyakkan)
150 gm tepung beras
50 gm tepung hungkwe
250 ml santan pekat (diambil dari sebiji kelapa)
garam secukup rasa

Bahan untuk sirap:
250 gm gula pasir
500 ml air
2 helai daun pandan (dikoyak-koyak)
3 titis esen perasa pisang
pewarna merah secukupnya

Bahan pelengkap:
3 biji pisang tanduk (dikukus dan dihiris-hiris)
½ tin susu pekat manis
sedikit air batu

Cara membuatnya:
1.Didihkan santan cair dan masukkan garam serta daun pandan.Sementara itu bancuh tepung beras dan tepung hungkwe dengan santan pekat.
2.Tuangkan bancuhan ini kedalam santan cair yang sedang mendidih dan kacau di atas api yang kecil sehingga adunan menjadi kental dan masak.Angkat dan sejukkan.
3.SIRAP:gula pasir,air dan daun pandan dimasak atas api yang kecil.Setelah gula larut dan sirap menjadi agak pekat angkat dan tapiskan.Sejukkan.Tambahkan pewarna merah dan esen pisang.Kacau rata.
4.Masukkan adunan yang pertama kedalam gelas atau mangkuk.
5.Tambahkan hirisan pisang,sirap, susu pekat manis dan air batu.

Sunday, June 8, 2008

RECIPE:IKAN PATIN GOLEK


Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin
5 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu tomato sup
1 sudu kerisik
100 gm asam jawa
50 gm belacan
garam
kunyit

Cara membuat:
1.Ikan patin dibersihkan dan gaul dengan kunyit dan garam.
2.Kemudian goreng ikan hingga garing.
3.Cili merah,tomato dan bawang merah dipotong nipis.
4.Tomato sos,cili sos dan tomato sup dimasak dicampur dengan air asam jawa dan belacan.Campurkan sedikit kerisik.
5.Masukkan bahan yang dipotong tadi dan gaulkan hingga sebati.
6.Akhir sekali tuangkan ke atas ikan patin yang sudah digoreng.Hiaskan.

RECIPE:BERGEDIL IKAN PATIN


Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (goreng dan tumbuk isinya)
½ kilo kentang (goreng dan tumbuk)
10 ulas bawang merah (buat bawang goreng)
1 pokok daun sup dan daun bawang ((hiris)
1 sudu makan lada hitam }
2 camca jintan manis } dikisar kering
3 camca ketumbar biju }
2 biji telur ayam (ambil putihnya)
2 cawan serbuk roti dan garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Msukkan semua bahan ke dalam bekas.Gaul jadikan satu doh kecuali telur dan serbuk roti.
2.Ambil secubit bahan tadi bulatkan dan celup dalam putih telur,golek pada serbuk roti dan goreng hingga masak.
3.Susun bahan tadi pada nanas yang ada ekor dan cucuk dengan lidi.

Bahan sos:
6 biji cili merah
4 ulas bawang putih
4 sudu gula pasir
2 sudu cuka
3 sudu sos tomato
garam secukup rasa

Cara membuat:

1.Masukkan gula,garam dan cuka.Tuangkan dalam bekas.
2.Masak biar sampai pekat kemudian rasa garamnya.

Friday, June 6, 2008

RECIPE:TEPUNG BUNGKUS

Bahan-bahan:
1 paket tepung pulut
2 mangkuk santan pekat
50 gm tepung ubi
10 helai daun pisang (dipotong 4 segi panjang)

Inti:
300 gm kacang merah (rebus hingga empuk)
100 gm gula pasir
1 helai daun pandan
½ biji kelapa yang telah diparut
2 ketul gula melaka (kecil)
½ cawan air

Cara membuat:
1.Masukkan air,gula melaka,gula pasir dan daun pandan.Kacau sehingga semua bahan tersebut sebati dan kemudian tapiskan.
2.Masukkan kacang merah dan kelapa ke dalam air gula.Kacau sehingga agak kering dan kemudian angkat.
3.Kacau santan pekat dengan tepung pulut dan tepung ubi dengan api sederhana besar.Apabila agak pekat letakkan adunan sedikit demi sedikit di atas daun pisang.
4.Kemudian letakkan inti di atasnya dan bungkus.Lakukan sehingga semua adunan habis.
5.Kemudian kukus di dalam periuk pengukus sehingga masak.Selepas itu bolehlah dihidangkan.

RECIPE:KUIH KERIA MADU

Bahan-bahan:
1 kg keledek (rebus dan lenyek-lenyekkan)
½ kg tepung gandum
1 cawan air
3 sudu madu
100 gm gula pasir
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Campurkan keledek,tepung gandum,air dan madu.Ulikan adunan tersebut.
2.Leperkan dan buat lubang ditengahnya.
3.Panaskan minyak dan gorengkan adunan tersebut.Angkat.
4.Di dalam kuali yang lain panaskan air dan masukkan gula pasir.Kacau sehingga gula hancur dan pekat.
5.Masukkan kuih yang telah digoreng tadi ke dalam air gula.Balik-balikkan.Angkat dan hidangkan.

RECIPE:PENGAT KELEDEK KUNING

Bahan-bahan:
5 biji keledek kuning
200 gm sagu biji
1 mangkuk santan pekat
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka

Cara membuat:
1.Keledek dibuang kulitnya dan dipotong berbentuk kiub.Rebuskan hingga empuk.
2.Masukkan santan ke dalam periuk bersama gula pasir,gula melaka dan sagu.Kacau hingga mendidih.
3.Masukkan keledek dan kacau lagi lebih kurang 5 minit.Selepas itu bolehlah dihidangkan.

RECIPE:BUBUR KACANG MERAH DURIAN

Bahan-bahan:
1 biji durian (sederhana besar)
½ kg kacang merah (direbus)
2 ketul gula melaka (kecil)
2 helai daun pandan
3 mangkuk santan pekat
½ cawan gula pasir

Cara membuat:
1.Masak gula merah,gula pasir,santan dan daun pandan.
2.Selepas itu masukkan durian yang telah dibuang bijinya dan kacang merah.
3.Masak selama lebih kurang 15 minit dan kemudian hidangkan.Enak dimakan ketika masih panas.

RECIPE:BUBUR UBI KAYU DENGAN CENDOL MERAH

Bahan-bahan:
2 batang ubi kayu
2 helai daun pandan
1 ketul gula melaka
500 gm sagu biji (direndam)
100 gm gula pasir
1 mangkuk santan pekat
sedikit cendol merah

Cara membuat:
1.Rebus ubi kayu dengan daun pandan hingga empuk.Masukkan santan,gula pasir,gula melaka dan sagu.Biarkan hingga mendidih.
2.Selepas itu bolehlah diangkat dan hidangkan bersama dengan roti mengikut kegemaran.
3.Untuk hiasan pula,taburkan dengan cendol merah di atasnya.

RECIPE:BUBUR UBI KAYU MINANG

Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu
5 ketul gula melaka (kecil)
2 helai daun pandan
200 gm gula pasir
½ cawan air

Cara membuat:
1.Rebus ubi kayu hingga empuk.
2.Di dalam periuk lain masukkan gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan.Masak sehingga gula tersebut hancur dan kemudian tapiskan.
3.Masukkan air gula ke dalam ubi kayu yang telah direbus tadi.Hidangkan ketika masih panas.

RECIPE:KUIH KERTAS SIRA

Bahan –bahan:
½ kg tepung pulut
½ biji kelapa ( ambil bahagian putihnya sahaja)
sedikit garam
sedikit air
100 gm gula pasir
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Campurkan tepung pulut,kelapa putih,garam dan air.Kemudian uli adunan tersebut.
2.Bentukkan menjadi leper.
3.Panaskan minyak dan goreng hingga masak.Kemudian angkat dan toskan.
4.Panaskan air di dalam kuali yang lain.Masukkan gula dan kacau hingga pekat.Setelah itu masukkan kuih yang telah digoreng tadi dan balik-balikkan sehingga gula melekat dan keras pada kuih.

RECIPE:CUCUR UDANG

Bahan-bahan:
½ kg tepung gandum
200 gm tauge
½ cwan air
sedikit garam
1 biji telur
200 gm udang sederhana besar
minyak untuk menggoreng

Cara membuat:
1.Masukkan air,tepung gandum,tauge,garam dan telur.Kacau hingga sebati.
2.Masukkan udang yang sederhana besar sama ada yang telah dibuang kulitnya atau tidak.(mengikut cita rasa).
3.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur udang dengan api yang sederhana.

RECIPE:ANTIPANTO

Bahan-bahan:
1 bungkus roti panjang
5 biji telur
2 ulas bawang merah (dihiris)
300 gm sayur campur
5 keping keju
200 gm susu segar

Cara membuat:
1.Pecahkan telur dan kacau bersama dengan susu segar di atas api yang sederhana besar sehingga agak kering.
2.Potong roti kepada empat bahagian.Campurkan adunan telur yang telah dimasak dengan susu tadi dengan bawang yang dihiris dan sayur campur (inti roti).
3.Letakkan keju di atas roti bersama inti roti.
4.Bakar menggunakan salamander.
*salamander (api dia atas)

RECIPE:BUBUR NANGKA

Bahan-bahan:
10 ulas isi nangka (dihiris)
50 gm sagu yang telah direndam
2 mangkuk santan pekat
400 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Cara membuat:
1.Masak santan bersama dengan isi nangka,sagu,gula pasir dan daun pandan.
2.Biarkan memdidih dan bolehlah dihidangkan.

RECIPE:PULUT KUNING BERSALUT KELAPA

Bahan utama:
½ kg beras pulut
1 mangkuk santan pekat
2 helai daun pandan
sedikit garam

Bahan untuk inti:
½ biji kelapa
2 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
sedikit serbuk kunyit
2 camca cili boh
200 gm udang kering
1 sudu minyak

Cara membuat:
1.Campurkan kesemua bahan yang telah dikisar dan goreng tetapi jangan terlalu garing.
2.Rendam beras pulut.Toskan.Kemudian masukkan santan pekat,2 helai daun pandan dan sedikit garamMasukkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak.Angkat dan toskan.
3.Apabila telah sejuk bulat-bulatkan seperti bebola.Salutkan dengan inti kelapa.Hidangkan.

RECIPE:BUBUR BIJI NANGKA

Bahan-bahan:
3 biji keledek
2 helai daun pandan
1 mangkuk santan pekat
150 gm gula pasir
50 gm tepung ubi

Cara membuat:
1.Rebus keledek hingga empuk.Apabila sudah empuk tumbuk hingga lumat.
2.Gaulkan dengan tepung ubi dan bentukkan bujur seperti biji nangka.Rebus hingga masak adunan tadi.
3.Masukkan santan ke dalam periuk bersama daun pandan.
4.Masukkan gula pasir.Biarkan sehingga mendidih.Masukkan keledek yang telah disiapkan tadi.Hidangkan.

RECIPE:MAKARONI DAGING

Bahan-bahan:
1 paket makaroni
300 gm daging cincang
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 sudu cili sos
2 sudu sos tomato
2 sudu lada hitam
2 sudu cili kering kisar
1 tin kecil kacang pis hijau
1 mangkuk kecil kobis (dihiris)
1 mangkuk kecil lobak merah (dihiris)

Cara membuat:
1.Rebus makaroni bersama dengan air dan sedikit minyak Rebus sehingga lembut dan toskan.
2.Tumis bawang putih,bawang merah dan cili kering sehingga naik bau dan garing.Kemudian masukkan daging cincang dan tunggu hingga masak.
3.Setelah itu masukkan sos cili,sos tomato,lada hitam,sayur kobis dan lobak merah.Akhir sekali masukkan kacang pis dan makaroni.Gaul hingga sebati sebelum diangkat.

RECIPE:PULUT MANGGA DURIAN

Bahan-bahan:
1 kg pulut
1 biji mangga
1 biji durian
½ kg santan
2 biji kelapa (ambil santan)
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Kukus pulut bersama dengan santan dan ketepikan.
2.Untuk membuat kuah,masak lebihan santan tadi dan dicampurkan dengan sedikit garam.
3Setelah masak hidangkan bersama dengan pulut,mangga dan beberapa ulas durian.

RECIPE:KUIH SERI MUKA

Bahan A:
6 biji telur
2 gelas gula
2 gelas santan pekat
2 sudu tepung gandum
sedikit pewarna hijau

Bahan B:
600 gm pulut (dikukus)
2 gelas santan pekat
sedikit garam

Cara membuat:
1.Kukus pulut (bahan B) sehingga masak dan tekan pulut di dalam loyang sehingga padat dan ketepikan.
2.Campurkan bahan A dan gaul sebati.Tapis di atas pulut yang telah ditekan di dalam loyang.Kukus selama ½ jam dan sejukkan.

RECIPE:KUIH LOPES

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
4 ketul gula melaka
1 cawan gula pasir
½ biji kelapa parut
daun pisang

Cara membuat:
1.Rendam beras pulut bersama dengan sedikit kapur selama 2 jam.Kemudian bersihkan beras tersebut dan tos.
2.Lipat daun pisang berbentuk segitiga(seperti kuih koci).Masukkan beras pulut ke dalam daun dan diikat sebelum direbus selama 4 jam.Setelah masak angkat dan sejukkan.
3.Potong kecil-kecil dan salut dengan kelapa parut dan bolehlah dihidangkan bersama dengan air gula merah yang telah dimasak dan ditapis.

RECIPE:MI REBUS JOHOR

Bahan-bahan:
1 peket mi kuning
500 gm udang geragau (dikisar)
5 ulas bawang putih
6 ulas bawang besar
2 batang serai (dititik)
1 cawan rempah kari daging
1 cawan gula
2 biji keledek (direbus dan ditumbuk halus)
1000 ml air

Cara membuat:
1.Tumis bawang putih,bawang merah,rempah kari dan serai hingga naik bau.Masukkan udang geragau yang dikisar dan biarkan sampai mendidih dan keluar minyak.
2.Kemudian masukkan air dan keledek dan masak hingga mendidih.Hidangkan bersama tauge,tauhu,limau nipis dan telur rebus.Boleh juga ditaburkan kerepek jika suka.

RECIPE:BUBUR AYAM

Bahan-bahan:
3 cawan beras
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2-3 ketul ayam
1 sudu kecil pati ayam
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Beras dimasak dengan air yang banyak.Kemudian campurkan ayam yang telah dipotong kecil-kecil.
2.Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.Campurkan bahan tumisan ke dalam beras yang telah mendidih bersama dengan pati ayam dan garam.Sedia dihidangkan.

RECIPE:KOLE KACANG

Bahan A:
500 gm gula merah
200 gm gula putih
300 ml air
400 gm tepung kacang hijau
secubit garam

Bahan B:
500 ml santan pekat
140 ml air

Cara membuat:
1.Campurkan kesemua bahan A dan kacau sebati.Panaskan di atas api yang sederhana sehingga naik wap dan angkat.
2.Kemudian campurkan bahan B.Masak semula di atas api dan kacau sehingga tidak melekat dan keluar sedikit minyak.Tuang di dalam loyang dan biarkan sejuk.Bolehlah dipotong mengikut bentuk yang disukai.

RECIPE:ROJAK PETIS

Bahan A:
Campuran buah-buahan dan sayur-sayuran

Bahan B:
1 sudu cili kering
1 sudu besar petis udang
1 sudu gula merah
1 sudu kacang tanah yang dikisar
2 sudu besar air asam jawa
sedikit bijan
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Masuk kesemua bahan B dan gaul sebati.Kemudian masukkan campuran buah-buahan dan sayuran seperti timun,nanas,tempe,sengkuang,belimbing,tauge dan kangkung.
2.Gaul kesemua bahan-bahan tadi hingga sebati dan taburkan bijan di atasnya.Sedia dihidangkan.

RECIPE:AYAM GORENG BIJAN

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 gelas yogurt
3 sudu cili kering (dikisar)
2 biji limau kasturi
sedikit bijan

Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan kisar.Kemudian masukkan yogurt dan perah limau nipis.
2.Masukkan juga bijan dan perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam.
3.Panaskan minyak dan goreng ayam dengan api yang sederhana sehingga ayam kelihatan kekuning-kuningan.Sedia dihidangkan.

RECIPE:MI BANDUNG MUAR

Bahan-bahan:
1 peket mi kuning (dicelur)
½ kg udang kering
500 gm bawang besar
200 gm bawang putih
500 gm cili kering kisar
½ cawan kacang tanah
gula secukup rasa
garam secukup rasa

Cara membuat pes:
1.Tumis bawang putih,bawang merah dan cili kering hingga naik bau.
2.Masukkan udang kering dan selepas itu masukkan gula,garam dan kacang tanah dan masak hingga kering.

Cara membuat kuah:
1.Campurkan pes dengan air tulang dan biarkan sehingga mendidh.
2.Tuangkan kuah di atas mi yang sudah dicelur.Boleh juga dicampurkan dengan udang,sotong,telur rebus dan sayur sawi.

RECIPE:TAUHU BAKAR

Bahan-bahan:
2 keping tauhu kering
1 biji timun (hiris nipis)
½ biji sengkuang (hiris nipis)
1 sudu cili kering kisar
1 sudu petis udang
1 cawan kacang tanah kisar
1 sudu gula merah
½ sudu gula putih
air

Cara membuat:
1.Tauhu dibakar sehingga garing dan potong empat (tetapi jangan potong hingga putus).Ketepikan sebentar.
2.Masukkan bahan kisar iaitu cili kering dan kacang tanah.
3.Kemudian masukkan petis udang,gula merah,gula putih dan air.Kacau hingga sebati.
4.Selepas itu masukkan timun dan sengkuang.Setelah siap masukkan bahan-bahan tadi ke dalam tauhu yang telah dibakar tadi.

RECIPE:KUIH GULUNG (KETAYAP)

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
2 biji telur
1700 ml air
pewarna hijau

Cara membuat:
1.Masukkan tepung gandum,telur dan air ke dalam satu bekas dan kacau.Setelah campuran tersebut sebati, titikkan sedikit pewarna hijau dan tapis.Dadar di atas kuali.Buat hingga adunan habis.Ketepikan.

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Cara membuat:
1.Cairkan gula merah dan gula pasir di dalam periuk hingga larut.
2.Kemudian campurkan kelapa parut dan masak hingga inti menjadi agak kering.
3.Biarkan sejuk seketika kemudian barulah dimasukkan inti pada kulit kuih dan gulung.Sedia dihidangkan.

RECIPE:ROTI JALA DAN KARI DAGING

Bahan roti jala:
1 kg tepung gandum
3 biji telur
1500 ml air
sedikit kunyit

Cara membuat:
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul sebati.Kemudian,tapis campuran tersebut.Panaskan kuali leper yang diletak sedikit minyak dan jalakan roti tersebut.

Bahan kari daging:
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
600 gm daging
5 helai daun kari
1 cawan rempah kari daging
1 biji kentang (dipotong enam)
½ cawan susu cair
sedikit air
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kuning.Kemudian masukkan rempah kari daging yang sudah dicampurkan dengan sedikit air.Masukkan daging dan masak sehingga empuk.
2.Kemudian masukkan susu cair,kentang dan garam secukup rasa.Tunggu hingga masak.
3.Hidangkan dengan roti jala.

RECIPE:BANJO TELUR

Bahan-bahan:
Sekeping roti
Sebiji telur
2 sudu besar marjerin
secubit lada hitam
secubit garam

Cara membuat:
1.Panaskan kuali leper.Sapu roti dengan marjerin.
2.Buat lubang di tengah-tengah roti dan letakkan di atas kuali leper tadi.
3.Pecahkan telur di tengah-tengah roti dan tabur garam dan lada hitam.Goreng hingga masak.

RECIPE:BUBUR CHA-CHA

Bahan-bahan:
350 gm keledek (dipotong kiub)
350 gm keladi (dipotong kiub)
½ tin jagung manis
2 sudu besar sagu
1 biji kelapa parut
8 cawan air
6 helai daun pandan

Cara membuat:
1.Kukus keledek dan keladi dengan daun pandan selama 15 minit.
2.Perah santan dengan 8 cawan air dan ketepikan.Perah baki santan untuk dijadikan santan pekat.
3.Basuh sagu dan tambahkan keledek,keladi,daun pandan dan jagung manis ke dalam santan cair dan masak hingga mendidih.
4.Masukkan santan pekat dan gula dan masak lagi lebih kurang 5 minit.Hidangkan.

RECIPE:SAGU GULA MELAKA

Bahan-bahan;
300 gm sagu
1 mangkuk air
1 mangkuk santan kelapa yang telah dididihkan
1 mangkuk gula melaka (dicairkan)
secubit garam

Cara membuat:
1.Bersihkan sagu dan toskan airnya supaya benar-benar kering.
2.Rebus air dan tambah sagu.Masak hingga sagu menjadi cerah seperti kristal.
3.Tuangkan sagu yang telah masak ke dalam mangkuk-mangkuk kecil dan biarkan sejuk.
4.Rebus santan kelapa dengan secubit garam dan biarkan sejuk.
5.Sebelum dihidangkan, tuang santan kelapa dengan gula melaka yang telah dicairkan ke atas sagu.

RECIPE:PUDING LABU

Bahan-bahan:
7 biji telur
2 keping gula melaka (dihiris-hiris)
½ cawan gula castor
2 cawan santan
4 helai daun pandan
4 biji labu bersaiz kecil

Cara membuat:
1.Potong ¼ daripada bahagian atas buah labu dan keluarkan biji-bijinya serta bersihkan bahagian dalamnya.
2.Kukus labu sehingga buah itu menjadi lembut sedikit.
3.Sementara itu pukul telur,gula melaka,gula castor dan daun pandan sehingga semua gula larut.
4.Tuangkan santan ke dalam adunan dan kacau rata-rata.
5.Selepas itu tuangkan adunan tersebut ke dalam labu yang telah dikukus dan kukus sekali lagi sehingga adunan betul-betul masak.
6.Hidangkan labu dengan bahagian atasnya sebagai penutup.

RECIPE:ONDE-ONDE

Bahan-bahan:
600 gm tepung pulut
450 ml air
12 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya)
300 gm gula melaka (dihiris halus)
1 biji kelapa parut
secubit garam
sedikit pewarna hijau

Cara membuat:
1.Campurkan tepung,air dan air pandan.Kacau sehingga adunan menjadi doh lembut.
2.Kukus kelapa parut dengan secubit garam selama 5 minit dan ketepikan.
3.Di dalam periuk masak sedikit air.Cedok satu sudu besar doh isikan dengan gula melaka dan bulat-bulatkan seperti guli.Ulangi langkah ini sehingga doh habis.
4.Masukkan doh ke dalam air yang mendidih dan keluarkan apabila ia timbul.
5.Golekkan ke atas kelapa parut sebelum dihidangkan.

RECIPE:POPIA INTI KETAM

Bahan-bahan:
4 sudu besar pasta kacang soya
2 biji bawang putih
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar air
300 gm udang kecil (dipotong-potong)
230 gm daging ketam
150 gm lobak (dipotong-potong)
300 gm tauge
4 keping beancurd (dipotong dadu dan digoreng)
600 gm kulit popia
beberapa helai daun ketumbar (dihiris halus)
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak.Goreng bawang putih dan pasta kacang soya hingga naik bau.Masukkan udang dan daging ketam dan didihkan perlahan-lahan.
2.Masukkan lobak,garam dan biarkan masak hingga kering.Alihkan dan toskan bahan-bahan kering.
3.Bentangkan kulit popia dan bubuh 2-3 sudu besar inti serta taburkan daun ketumbar dan selepas itu gulung.Goreng sehingga warnanya bertukar coklat dan hidangkan bersama sos cili atau sos tomato.

RECIPE:KUIH CENDAWAN:

Bahan-bahan:
24 keping roti
2 sudu besar mentega (dilembutkan)

Inti:
3 cawan besar bawang merah kecil (dicincang halus)
½ cawan mentega
225 gm cendawan segar (dipotong halus-halus)
2 sudu besar tepung
1 tin krim
1 ½ sudu besar daun kucai (hiris halus)
1 sudu besar daun pasli (hiris halus)
1 sudu kecil jus limau
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil lada hitam

Cara membuat:
1.Potong bulatan daripada setiap keping roti.Letakkan setiap keping roti yang telah dipotong ke dalam bekas mangkuk muffin yang telah disapu minyak.Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 200 darjah celcius sehingga warnanya bertukar kecoklatan.Biarkan ia sejuk.
2.Di dalam kuali,cairkan mentega dan goreng bawang kecil selama 1 minit.Masukkan cendawan dan masak sehingga 10 minit.Alihkan dari api dan masukkan krim dan tepung.
3.Letakkan di atas api semula dan kacau berterusan sehingga mendidih.Alihkan dari api dan masukkan baki bahan-bahan.Kacau sebelum diketepikan dan biarkan sejuk.
4.Isikan setiap mangkuk muffin yang yang berisi roti dengan adunan yang dimasak tadi.Tutup dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.Keluarkan dari peti sejuk dan hiaskan dengan keju,daun pasli dan mentega.Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selam 10 minit sebelum dihidangkan.

RECIPE:APAM TEPUNG BERAS

Bahan-bahan:
325 gm tepung beras
180 gm gula
350 ml air
4 biji telur
1 sudu tepung naik sendiri
1 sudu besar yis (dicairkan)
1 sudu teh esen vanilla
½ cawan kelapa parut dicampur sedikit garam
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning
cawan cawan porselin kecil

Cara membuat:
1.Campurkan tepung dengan yis yang dicairkan.Ketepikan dan biarkan selama 20 minit.
2.Pukul telur dan gula hingga gebu.Tambahkan tepung naik sendiri dan esen vanilla.Tambahkan adunan tepung.Kacau sehingga adunan membentuk doh yang lembut.
3.Asingkan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna yang berbeza.
4.Tuang satu sudu besar daripada satu bahagian adunan ke dalam sebuah cawan.Ulangi dengan adunan yang berlainan warna pula.Ulangi langkah ini sehingga habis semua doh.Kukus selama 15 minit.Keluarkan dari cawan sebelum dihidangkan.Boleh dimakan dengan kelapa parut.

RECIPE:KUIH TEPUNG KUKUS

Bahan-bahan:
350 gm tepung beras
750 ml air
160 gm tepung ubi kayu

Untuk intinya:
600 gm pucuk rebung (dihiris)
600 gm lobak (dihiris)
1 biji bawang (dihiris)
100 gm udang kering
120 gm daging lembu atau ayam
3 keping bunga cengkih

Cara membuat:
1.Untuk membuat doh campurkan 2 sudu besar tepung ubi kayu dengan 150 ml air.Masak baki air dan tambahkan ke dalam campuran ubi kayu.Biarkan sehingga mendidih.Alihkan dan kemudian tambahkan tepung beras sehingga adunan menjadi doh.
2.Uli doh dengan baki ubi kayu hingga lembut dan mudah dibentuk.Tutup doh dan biarkan selama 5 minit.Uli lagi dengan sedikit air selama 3 minit.Tutup dan biarkan 3 minit lagi.Ulang langkah ini.
3.Bagi intinya masukkan satu sudu besar minyak ke dalam kuali.Goreng bahan-bahan lain yang tinggal sehingga masak.Alihkan dan kemudian sejukkan.
4.Ambil sedikit daripada doh,ratakan dengan tangan dan isikan inti sebelum dibentukkan seperti karipap.Ulangi sehingga habis doh dan inti.Kukus selama 20 minit.

RECIPE:SAGU ABUK- ABUK

Bahan-bahan:
300 gm biji sagu
1 biji kelapa parut
200gm gula melaka (dihiris)
garam secukup rasa
80 ml air
daun pisang (untuk membuat kon)
pencungkil gigi

Cara membuat:
1.Campurkan kelapa parut dengan garam.
2.Bersihkan sagu,keringkan dan campurkan dengan kelapa parut.
3.Cuci daun pisang dengan air mendidih dan lap sampai kering.Buat bentuk kon.
4.Isi separuh kon dengan campuran sagu.Bubuh di atasnya gula melaka dan bubuh campuran sagu lagi.
5.Tutup kon dengan pencungkil gigi.

Thursday, June 5, 2008

RECIPE:KUIH UBI PELANGI

Bahan-bahan:
½ biji kelapa parut
600 gm ubi kayu parut
200 ml santan
230 gm gula pasir
secubit garam
sedikit pewarna merah,hijau dan kuning

Cara membuat:
1.Kukus kelapa parut dengan secubit garam selama 5 minit.Ketepikan.
2.Didalam mangkuk campurkan ubi kayu parut,gula dan santan.
3.Asingkan adunan ke dalam 3 mangkuk dan tambahkan pewarna yang berbeza ke dalam setiap mangkuk.
4.Tuang setiap adunan ke dalam 3 loyang yang berasingan dan kukus di atas air yang mendidih selama 30 minit.
5.Biarkan sejuk sebelum dipotong ikut bentuk yang disukai.Salut dengan kelapa parut sebelum dihidangkan.

RECIPE:AYAM MASAK CENDAWAN HITAM


Bahan-bahan:
1 ekor ayam di potong sepuluh bahagian
100 gm halia (dikisar)
50 gm bawang putih (dikisar)
50 gm bawang merah (dikisar)
1 cawan sos tiram
150 gm cendawan hitam kering
50 ml air
10 ml minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Basuh ayam dan tos hingga kering
2.Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau
3.Masukkan cendawan yang telah dipotong dua,ayam dan sos tiram
4.Kacau rata dan masukkan air,gaul hingga masak.Angkat dan sedia untuk dihidangkan

RECIPE:CHICKEN CORDEN BLUE


Bahan-bahan:
250 gm dada ayam
1 keping keju
1 keping daging ayam salai (turkey ham)
150 gm serbuk roti
100 gm tepung gandum
1 biji telur
1 cawan minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Dada ayam dibelah dua (jangan sampai putus) kemudian masukkan sekeping keju dan daging ayam salai.Lumur garam ke atas ayam.
2.Pecahkan telur dan pukul perlahan.
3.Celupkan ayam pada tepung gandum terlebih dahulu sebelum dicelup ke dalam telur dan gaul ke dalam serbuk roti.
4.Goreng ayam dalam minyak yang sederhana panas.Biarkan sehingga kekuning-kuningan.Angkat ayam dan potong serong untuk tiga atau empat bahagian.
5.Letakkan ayam ke atas sos dan sedia untuk dihidang.

Bahan-bahan untuk membuat sos:
250 gm mentega
2 sudu besar herba
1 sudu besar jus limau

Cara membuatnya:
Ambil mentega dan cairkan.Masukkan herba dan jus limau,gaul hingga rata.

RECIPE:GULAI PERANCIH


Bahan-bahan:
750 ml santan cair
250 ml santan pekat
1 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit (disimpul)
2 helai daun limau purut
2 ikat pucuk ubi (direbus)
1 keping asam keping
10 gm ikan bilis (digoreng jangan terlalu garing)

Bahan-bahan untuk dikisar:
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 cm kunyit
½ cm lengkuas
½ cm halia
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Didihkan santan cair.Masukkan rempah yang telah dihaluskan,serai,daun kunyit dan daun limau purut.Kacau sehingga masak dan berbau harum.
2.Masukkan pucuk ubi rebus,asam keping,ikan bilis dan santan pekat.Kacau agar santan tidak pecah minyak.Bila sudah masak matikan api dan sajikan.

NOTA:
*Selain ikan bilis boleh juga digunakan ikan kurau masin.Bakar dulu ikan kurau masin sebelum dimasukkan ke dalam santan.
*Pucuk ubi boleh juga digantikan dengan pucuk paku atau nangka muda.

RECIPE:NASI AYAM PANGGANG


Bahan utama:
1 ekor ayam

Bahan A
10 gm perasa lima rempah
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
garam secukup rasa
½ cawan minyak

Cara membuatnya:
1.Ayam dibersihkan dan dibuang lemak.
2.Rendam ayam di dalam air panas selama lebih kurang 10 minit.Angkat dan rendam ke dalam air sejuk.Gantung ayam sehingga kering.
3.Lumur bahan-bahan A pada ayam selama ½ jam.Selapas itu masukkan ayam ke dalam .ketuhar
4.Keluarkan ayam dan hiaskan dengan daun salad,timun, tomato dan hidangkan.

Bahan B (SOS CILI)
150 gm cili merah
50 gm halia
100 gm bawang putih
50 ml perahan air limau
garam dan gula secukup rasa
25 ml stok ayam

Cara membuatnya:
1.kisar cili merah,halia dan bawang putih.Masukkan stok ayam.
2.Gaul bersama garam dan gula serta perahan air limau.

Bahan C (NASI AYAM)
½ kg beras
50 gm halia
100 gm lemak ayam
25 gm mentega
stok ayam
air untuk memasak

Cara membuatnya:
1.Basuh beras dan tos hingga kering.Tumis lemak ayam bersama mentega dan halia.
2.Campurkan beras dan masukkan stok ayam.Tuang air secukupnya dan masak hingga kering.

RECIPE:AYAM PANGGANG BERSAMA WALNUT


Bahan-bahan:
200 gm dada ayam (dibuang kulitnya dan dibelah dua tapi jangan sampai putus)
50 gm daging ayam cincang
20 gm bawang merah (dikisar)
20 gm bawang putih (dikisar)
½ sudu kecil thyme (herba wangi)

Cara membuatnya:
1.Campur daging ayam cincang bersama bahan yang dikisar.Lumurkan ke atas dada ayam dan gulungkannya.
2.Panggang ayam hingga masak.Angkat dan potong kepada tiga bahagian.
3.Tuang kuah ke atas ayam dan sedia untuk dihidangkan.

Bahan-bahan untuk kuah:
7 keping daging salai (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
4 keping cendawan butang @ cendawan hitam kering (dihiris)
50 ml stok ayam @ daging
20 gm kacang walnut
100 gm mentega

Cara membuatnya:
1.Cairkan mentega,tumis bawang merah kecil bersama daging salai,cendawan dan kacang walnut.
2.Masukkan stok ayam @ daging,masak hingga mendidih.

RECIPE:AYAM GOLEK


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
1 sudu besar rempah kurma
100 gm bawang putih
150 gm bawang merah
150 gm halia
250 gm santan pekat
150 gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
100 gm minyak masak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat kuah:
1.Kisar bawang merah,bawang putih,halia dan kacang tanah.
2.Panaskan periuk dan masukkan minyak.Tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga
terbit aroma dan kemudian masukkan rempah kurma, kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan 1 cawan air kacau hingga mendidih seterusnya masukkan santan.Kacau lagi
hingga mendidih.

Cara membuatnya:
1.Kisar bawang merah,bawang putih dan halia.
2.Perap ayam bersama bahan-bahan yang telah dikisar selama lebih kurang 1 jam.
3.Masukkan ayam ke dalam ketuhar selama ½ jam dengan suhu 190 darjah celcius.
4.Keluarkan ayam dari ketuhar dan potong pada 10 bahagian.
5.Tuangkan kuah ke atas ayam.Sedia untuk dihidang

RECIPE:AYAM VINDALOO


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
50 gm cili boh
25 gm sos cili
25 gm sos tomato
50 gm bawang putih (dikisar)
50 gm halia (dikisar)
50 gm bawang merah (dikisar)
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Ayam dibersihkan dan diperap dengan bahan-bahan yang dikisar bersama sos cili,cili boh dan sos tomato selama satu jam.
2.Masukkan ayam ke dalam ketuhar selama ½ jam.(sehingga masak).
3.Ayam dipotong kepada 8 bahagian dan dihias dengan cili kering yang telah digoreng.Sedia untuk dihidang.

RECIPE:SALALAWAK


Bahan-bahan:
100 gm tepung beras (sisihkan 20 gm)
500 ml air masak
150 gm isi ikan tenggiri (dipotong dadu)
2 helai daun kunyit muda (hiris halus)
minyak untuk menggoreng

Bahan untuk dikisar:
7 biji cili merah
5 ulas bawang merah
½ cm halia
½ cm kunyit
½ lengkuas
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Bancuh tepung beras dengan air.Masak di atas api yang kecil sambil dikacau sehingga masak.Angkat dan sejukkan.
2.Campurkan tepung tadi dengan bahan yang sudah dikisar.Masukkan ikan tenggiri dengan hirisan daun kunyit.Masukkan juga tepung beras yang diasingkan tadi.Kacau hingga rata.
3.Bentuk adunan menjadi seperti bola.Goreng didalam minyak yang panas sehingga agak garing .Angkat dan toskan.

NOTA:
Ikan tenggiri boleh juga digantikan dengan ikan bilis atau ikan kembong

RECIPE:SOTO MAKASAR


Bahan-bahan:
250 gm paru lembu
250 gm hati lembu
250 gm usus lembu
250 gm babat lembu
250 gm daging tetel lembu
2 helai daun salam
2 batang serai
2 liter air untuk merebus
3 sudu makan minyak untuk menumis
250 ml air cucian beras

Bahan untuk dikisar:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 gm ketumbar (disangrai)
10 gm lada hitam
5 gm jintan (disangrai)
garam secukup rasa
2 cm lengkuas
50 gm kacang tanah (digoreng)
10 gm kelapa parut (disangrai)

Sambal:
2 biji cili merah( ditumbuk kasar)
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
110 gm taucu
minyak untuk menumis
50 ml air
gula secukup rasa

Bahan pelengkap:
Nasi impit
Daun bawang
bawang goreng
limau nipis

Cara membuatnya:
1.Bersihkan paru,hati,usus babatdan daging tetel.Kemudian rebus.Setelah agak lembut masukkan daun salam dan serai.Rebus lagi sehingga lembut.Angkat dan potong semua bahan.Masukkan semula kedalam air rebusan tadi.
2.Tumis semua bahan yang dikisar. Setelah garing dan harum masukkan kedalam periuk yang berisi air rebusan.Masak sehingga berminyak.Tambahkan air cucian beras tadi.Didihkan.
3.SAMBAL:Panaskan kuali dan masukkan minyak.Bila minyak panas tumis cili sehingga harum.Masukkan taucu dan kacau rata.Tambahkan sedikit air dan gula pasir.Masak hingga mendidih.
4.Masukkan soto kedalam mangkuk.Tabur dengan daun bawang,bawang goreng dan potongan tomato jika suka.Sajikan juga dengan perahan air limau nipis jika suka,sambal taucu dan nasi impit.

RECIPE:AYAM KUKUS HERBA


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam (saiz sederhana)
100 gm halia (dikisar)
50 gm bawang putih (dikisar)
50 gm bawang merah (dikisar)
150 gm cendawan hitam kering (direndam terlebih dahulu)
10 gm kee chee (boleh didapati di pasaraya)
10 gm kurma merah cina
15 gm yok chok (boleh didapati di pasaraya)
10 ml minyak bijan
garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA
1.Balut ayam dengan kertas aluminium dan kukus bersama bahan A sehingga masak.
2.Keluarkan ayam daripada kertas aluminium.Hias dengan daun ketumbar diatasnya.

Sunday, June 1, 2008

RECIPE:AYAM SERAI


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong 12 bahagian)
10 gm cili padi
15 gm cili merah
6 batang serai
150 gm bawang putih
100 gm bawang merah
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.Kisar bawang merah,bawang putih,cili padi,cili merah dan serai.
2.Perap ayam bersama bahan-bahan yang telah dikisar selama 1 jam.
3.Masukkan ayam ke dalam ketuhar dan bakar selama ½ jam.
4.Hias dengan daun ketumbar dan bawang goreng.Hidangkan.

SELAMAT MENCUBA RESEPI YANG AKAK BERIKAN DAN NIKMATI KELAZATANNYA.

Terima Kasih Dari Akak.